00:00Ahli Parlimen dan pemimpin politik Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
00:09Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Jafri Arifin berkata, keadaan Bung Mokhtar stabil namun tidak memperincikan keadaan beliau.
00:18Beberapa media sebelum ini melaporkan Bung Mokhtar sedang menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru.
00:24Beliau dilapor dirawat di unit rawatan rapi dan berada dalam keadaan kritikal.
00:29Bekas timbalan Ketua Menteri Sabah itu baru saja dipilih semula untuk penggal kedua sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Lamak dalam pilihan raya negeri Sabah pada 29 November.
00:40Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Jinur dalam kemas kini di media sosial mendoakan agar Bung Mokhtar cepat sembuh dan berharap agar keluarga veteran UMNO itu tabah menghadapi masa sukar.
00:52Awal petang Khamis, anak lelaki Bung Mokhtar, Naim Mokhtar dalam catatan di media sosial mengucapkan terima kasih dan terharu dengan usaha pemimpin agama di kawasan Lamak yang menganjurkan solat hajat untuk kesihatan bapanya.
Be the first to comment