Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleda Zia, dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), mendorong ahli keluarga dan parti politiknya menggesa rakyat negara itu untuk mendoakan kesembuhan beliau.
00:00Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khalidazia dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi ICU, mendorong ahli keluarganya dan parti politiknya menggesa rakyat negara itu mendoakan kesembuhan beliau.
00:12Khalidazia 80 tahun dimasukkan ke hospital pada 23 November lalu dengan gejala jangkitan paru-paru dan dilaporkan berada dalam keadaan sangat kritikal.
00:21Salah seorang anggota parti politik, Ahmed Azam Han maklumkan Khalidazia berada di ICU dan perundingan dengan doktor sedang dijalankan.
00:31Ahmed Azam dari Parti Nasionalis Bangladesh, BNP turut maklumkan sebuah ambulans udara telah diletakkan dalam keadaan bersedia bagi membawa Khalidazia ke luar negara untuk rawatan lanjutan jika keadaan beliau stabil.
00:44Beberapa pemimpin kanan BNP dan penyokong yang bimbang mengunjungi hospital untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaannya.
00:50Akbar berbahasa Inggeris The Daily Star melaporkan Khalidazia menghidap masalah jantung, isu hati dan buah pinggang, kencing manis, masalah paru-paru, arthritis dan penyakit berkaitan mata.
01:02Beliau juga mempunyai perentak jantung kekal atau pacemaker dan sebelum ini pernah menjalani prosedur stenting untuk jantungnya.
01:09Anak suruh beliau, Tarik Rahman yang menetap di London sejak 2008 menyeru rakyat Bangladesh untuk mendoakan pemulihan ibunya.
01:16Katanya, beliau tidak dapat pulang ke Bangladesh atas faktor di luar kawalannya.
01:21Khalidazia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama tiga penggal dipenjarakan atas kesalahan rasuah pada tahun 2018
01:27di bawah pemerintahan Sheikh Hasina yang turut melarangnya daripada melakukan perjalanan ke luar negara untuk rawatan perubatan.
01:35Beliau dibebaskan tahun lalu sejurus selepas Hasina disingkirkan.
01:38Walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang baik, Khalidazia berikrar untuk berkempen dalam pihan raya yang dijangka diadakan pada Februari 2026
Be the first to comment