00:00Tapi Kalis sudah pun bersedia. Saya kata tadi geram nak tanya soalan kepada Kalis.
00:03Kalis, kalau sudah pun bersedia, langsung dari pejabat SPR.
00:07Ada tak keputusan rasmi yang sudah kita ketahui setakat jam ini?
00:11Apakah yang berlaku di sana, Kalis?
00:16Baik, terima kasih Haji Zulfitri dan juga Ehsan Yaya di Bukit Jalil.
00:21Setakat ini, kami di pusat media SPR di Kota Kinabalu ini masih lagi menunggu
00:26sidang media oleh pengurusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.
00:31Pada ketika ini, kami pengamal media dari jam 5.30 petang
00:35selepas tutupnya proses, selepas tamatnya proses mengundi jam 5.30 petang tadi.
00:41Terus saja kami bergegas ke Kota Kinabalu ini dari lokasi masing-masing.
00:46Tetapi, itulah kami masih lagi menanti sidang media yang dijangka jam 9.30 malam ini.
00:52Ini mungkin selewat-lewatnya, sekiranya terdapat keputusan majoriti mudah
00:57ataupun ada separuh pengiraan, sidang media akan dibuat lebih awal.
01:02Tetapi, kita lihat ada 15 minit sahaja lagi baki yang tinggal.
01:06Masih lagi tiada perkembangan yang dapat saya kongsikan di sini.
01:09Satu sidang media akan dilakukan jam 9.30 malam ini, paling awal.
01:14dan satu lagi sidang media akan diadakan pada selepas segala kerusi yang dipertandingkan
01:22diisytiharkan kemenangannya.
01:24Dan kalau kita lihat seperti sebelum ini, SPR sendiri menyatakan komitmen
01:29menerusi Datuk Seri Ramlan Harun juga yang menyatakan bahawa
01:34bagaimana mereka ingin memastikan segala proses ini berjalan dengan lancar
01:39bagi memastikan sepertinya Haji Zul dan Ehsan menunggu juga keputusan.
01:44Kami juga, pengambil media dan sudah tentu pengundi-pengundi di Sabah ini
01:47juga ingin menantikan keputusannya.
01:49Itu juga yang dibawakan oleh SPR sendiri apabila mereka melakukan penutupan
01:54lebih awal di 85 pusat mengundi di kawasan-kawasan yang terpencil khususnya
01:59dan juga di kawasan yang sukar aksesnya seperti di pulau.
02:04Mereka terpaksa menggunakan helikopter untuk mengambil peti undi
02:08dan memastikan proses pengiraan penjumlahan undi itu dilakukan dengan tertib
02:13termasuk juga membabitkan ejen daripada calon-calon.
02:16Dan itu perkongsian yang dapat saya kongsikan buat masa ini di pusat media SPR ini.
02:22Dua sinar media, satu pun belum lagi kita tunggu kerana kebiasaan ini
02:27kalau kita lihat jangkaan pun yang dimaklumkan oleh Dato' Sri Ramlan Harun
02:31pada sebelum ini pada jam 10 malam.
02:34Jadi saya kira 9.15 ini masih lagi malam, masih muda.
02:38Haji Zul.
Comments