Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
UMNO menegaskan setiap penganjuran program hiburan di negara ini perlu berpaksi prinsip yang jelas tanpa mengetepikan nilai, sensitiviti agama dan norma masyarakat tempatan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya memandang serius pandangan dikemukakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung isu berbangkit.
Transcript
00:00Sementara itu, UMNO menegaskan setiap penganjuran program hiburan di negara ini perlu berpaksi prinsip yang jelas tanpa mengetepikan nilai, sensitiviti
00:09agama dan norma masyarakat tempatan.
00:11Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya memandang serius pandangan dikemuka Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Jawi dan Jabatan
00:20Mufti Wilayah Persekutuan berhubung isu berbangkit.
00:23Menurut beliau, pandangan itu wajar dihormati kerana ia mencerminkan kegusaran sebahagian besar rakyat Malaysia.
00:30Katanya UMNO juga telah meminta agar program yang menimbulkan isu diteriti semula dari segi konsep, kandungan dan pelaksanaannya dengan garis
00:38panduan lebih ketat.
00:39Pada Khamis, Jawi membantah penganjuran festival muzik air Rain Rave 2026 kerana dikuatiri membawa kemudaratan ahlak dan keruntuhan nilai masyarakat.
00:48Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pula berpandangan, penganjuran festival itu perlu dinilai secara menyeluruh dengan menegaskan konsep berbentuk maksiat wajib dihentikan.
01:00Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended