Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan Isnin ini berhubung siasatan perjanjian RM1.1 bilion dengan Arm Holdings.
Transcript
00:00Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafi Ziramli memaklumkan telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk hadir memberi keterangan
00:09di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 10 pagi Isnin.
00:13Dalam hantaran di PlatformX, beliau menjelaskan siasatan itu melibatkan dawaan salah laku berhubung perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan
00:25syarikat semikonduktor United Kingdom, Arm Holdings.
00:31Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa siasatan memberi tumpuan kepada kemungkinan beliau mendesak Jemaah Menteri untuk menandatangani perjanjian tersebut secara tergesa
00:40-gesa.
00:40Pada 12 Februari, Rafi Zir menolak laporan yang dibuat kepada SPRM terhadap dirinya dan menegaskan beliau tidak terlibat dalam sebarang
00:48salah laku berkaitan perjanjian tersebut.
00:50Beliau juga menafikan dawaan menerima rasuah daripada syarikat itu termasuk dalam bentuk jamuan makan tengah hari, cendera mata atau sebarang
00:58imbuhan lain.
01:00Laporan yang difilkan oleh tiga NGO mendakwa seorang bekas menteri telah menyalahgunakan kuasa dalam pelaksanaan kontrak kerajaan yang hampir mencecah
01:09RM1.1 bilion.
01:11Malaysia sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM930.52 juta bagi menjayakan kerjasama selama empat tahun dengan Arm Holdings dalam usaha memperkukuh
01:22sektor semikonduktor negara.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended