Seorang lelaki berusia 49 tahun maut selepas motosikalnya melanggar pokok tumbang di Jalan Selandar ke Machap, dengan pasukan bomba dan KKM menjalankan operasi menyelamat dan pemotongan pokok.
00:00Dalam pada itu, seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Selanda menghala ke Macap Melaka pada Jumaat.
00:10Komender Operasi Pegawai Bomber Kanan 1 Abdul Razak Taat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi.
00:25Sebaik tiba didapati seorang lelaki berusia 49 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha N-Max telah melanggar pokok tersebut.
00:35Katanya mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
00:43Beliau berkata pasukan bomber menjalankan kerja-kerja pemotongan pokok bagi memastikan laluan selamat dan tidak menghalang trafik.
00:50Operasi disertai 8 anggota bomba dengan bantuan 4 petugas KKM serta 2 anggota polis.
00:57Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 7.49 pagi dan tiada masalah operasi dilaporkan.
Be the first to comment