Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan Ribut Tropika Senyar yang melalui perairan Semenanjung telah melemah dan diturunkan taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah. Ribut kini berada di tengah Semenanjung dan bergerak ke arah timur menuju Laut China Selatan.
Transcript
00:00Reboot Tropika Senyar yang melalui perairan semenanjung ketika ini dilaporkan melemah dan diturunkan taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah.
00:09Perkara tersebut dinyatakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, MAD Malaysia, yang turut memaklumkan reboot itu kini berada di tengah semenanjung dan bergerak ke arah timur menuju perairan laut China Selatan.
00:20Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan MAD Malaysia, Senyar didapati telah membuat pendaratan pada malam Khamis di kawasan pantai antara Sempanan Selangor dan Negeri Sembilan.
00:30Jelas MAD Malaysia walaupun melemah pembentukan awan hujan kekal aktif dan berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang serta keadaan laut bergelora, khususnya di Pahang dan Terengganu.
00:42Jabatan itu turut memaklumkan bahawa corak cuaca ini dijangka berterusan sehingga 29 November.
00:46Dalam pada itu, MAD Malaysia memaklumkan pemantauan rapi sedang diteruskan dengan sebarang perubahan signifikan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
00:55Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta merujuk maklumat dan amaran terkini melalui laman web MAD Malaysia, aplikasi My Cuaca, media sosial rasmi atau talian hotline 1300-221638.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended