Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pasukan penyelamat banjir di Thailand mengerah dron dan helikopter pada Khamis untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terperangkap akibat banjir paling buruk melanda selatan negara itu dalam tempoh beberapa tahun.

Transcript
00:00Selepas ini pasukan penyelamat banjir di Thailand mengerah drone dan helikopter pada Khamis untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terperangkap akibat banjir paling buruk melanda selatan negara itu dalam tempoh beberapa tahun.
00:13Kerajaan Thailand mengesahkan 55 kematian direkodkan setakat ini selepas hujan lebat selama seminggu memusnahkan 9 wilayah di selatan negara itu.
00:22Paras air di beberapa kawasan dilaporkan mencecah sehingga 2 meter sekaligus memutuskan laluan darat dan menyukarkan operasi menyelamat.
00:31Usaha bantuan dipertingkatkan ke tahap tertinggi apabila Angkatan Tentera Thailand mengerah sebuah kapal pengangkut pesawat, 20 helikopter serta konvoy truk untuk menghantar makanan, ubat-ubatan dan bot penyelamat.
00:45Kerajaan turut melancarkan rayuan awam bagi mendapatkan bot dan jet ski untuk membantu ribuan mangsa yang terkandas sejak beberapa hari.
00:53Di Bandar Hatnyai, kawasan paling terkesan, air banjir mulai surut pada Khamis sekaligus memberikan sedikit sinar harapan kepada operasi memulihkan akses dan pengkhidmatan asas.
01:05Pihak berkuasa tempatan menyatakan rasa optimis bahawa bekalan elektrik dan pengkhidmatan kritikal lain mampu dipulihkan secara berperingkat.
01:13Hampir 3 juta penduduk terkesan oleh bencana banjir di seluruh selatan Thailand dengan ribuan kini berlindung di pusat pemindahan sementara.
01:21Dihaknya, rekod curahan hujan 335mm yang dicatat Jumat minggu lalu menjadi jumlah paling tinggi direkodkan dalam tempoh 15 tahun.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended