Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Pasaran buruh AS pulih dengan pertumbuhan penggajian, memberi kesan kepada jangkaan kadar faedah Fed. Apa implikasinya kepada dolar AS, ringgit Malaysia, dan ekonomi negara? Ikuti analisis Pakar Ekonomi, MBSB Research, Abdul Mui’zz Morhalim dalam Niaga AWANI.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hari ini kita akan membincangkan perkembangan terkini ekonomi global dan tempatan.
00:05Data pasaran buruh Amerika Syarikat menunjukkan pemulihan dengan peningkatan penggajian sebanyak 119,000 pada bulan September berbanding penurunan sebelum ini.
00:15Jadi adakah ini memberi petanda bahawa Federal Reserve akan terus melonggarkan dasar maniterinya dan bagaimana kesannya kepada dolar Amerika Syarikat, ringgit Malaysia serta ekonomi negara kita?
00:24Kita akan terus bersama dengan Abdul Muiz Murhalim Pakai Ekonomi MPSB Research untuk kita mengumpas lebih lanjut.
00:30Muiz, Assalamualaikum pagi. Kalau kita lihat data pasaran buruh di Amerika Syarikat ada menunjukkan pertumbuhan pekerjaan memulih dengan peningkatan penggajian sebanyak 119,000 pada bulan September berbanding penurunan negatif 4,000 pada bulan Ogos.
00:44Jadi data yang lebih baik ini menyebabkan jangkaan pasaran mengenai kebarangkalian Fed akan memotong lagi kadar bulan hadapan merosot ke paras bawah 50%.
00:53Nambu data terkini ia meningkat kembali kepada lebih 80%.
00:56Jadi pada pandangan Muiz, adakah ini bermakna Fed akan terus melonggarkan dasar maniterinya ataupun bagaimana?
01:04Pertama sekali, sewaktu operasi kerajaan Amerika ditutup terdapat kebimbangan mengenai sukarnya melakukan analisa terkini ekonomi kerana ketiadaan data rasmi.
01:15Tapi bila mana operasi kerajaan Amerika Syarikat kembali beroperasi, kita dapati data rasmi pasaran buruh ini adalah lebih kuat dari jangkaan.
01:26Memang bila peningkatan dari segi penggajian dalam sektor bukan pekerbunan ini memberi gambaran pasaran buruh adalah masih baik dan ianya berbeza dengan laporan-laporan swasta yang dikeluarkan oleh institusi-institusi lain yang mengatakan
01:40keadaan pasaran buruh di Amerika Syarikat semakin melemah. Oleh sebab itu, inilah menjadi punca kenapa kita lihat kebarangkalian pemotongan keadaan faedah bakal dibuat berlifat pada bulan Desember nanti ada menurun.
01:53Pada masa sama kita juga dapati terdapat sebahagian daripada pembuat dasar faedah juga menyatakan pendapat mereka mahu melihat keputusan pemotongan dibuat suit sebelum ini dikaji
02:08sama ada yang memberi kesan positif kepada ekonomi dan mungkin perlu lebih berhati-hati untuk memotong pada keputusan yang datang.
02:14sebaliknya pada penghujung bulan lepas kita dapati Gubernur Fed New York for example John Williams mengatakan dia masih cenderung untuk terus memotong keadaan faedah.
02:24Inilah menyebabkan pendapat di pasaran beralih semula kepada jangkaan mungkin akan ada satu lagi pemotongan yang bakal dibuat oleh Fed pada bulan Desember nanti.
02:33Mungkin ada kan ada satu lagi potongan tapi kalau kita berdasarkan apa yang menunjukkan awal tadi bagaimana keputusan Fed ini akan memberi kesan kepada pergerakan dolar Amerika dan juga ringgit Malaysia.
02:45Adakah tukaran asing ringgit akan terus bertambah kuat berbanding RM4.13 sekarang?
02:50Kebiasaan waktu bila kita melihat dia sifatkan kenilai ringgit kita akan melihat kepada pergerakan ringgit berbanding matawang lain seperti yuan dan juga pergerakan ringgit berbanding pergerakan harga minyak.
03:05Namun dalam beberapa tahun ini kita dapati pergerakan ringgit banyak dipengaruhi oleh jangkaan mengenai keputusan akan datang yang bakal dibuat oleh Fed.
03:12Dengan Fed dijangka akan terus memotong keadaan paedahnya dan bank negara pula dijangka akan mengangkat kopi daripada paras 2.75%.
03:22Ini memberi gambaran nilai dolar akan menurun dan kita jangka mungkin akan terus mengukuh ke sekitar RM4.09 dalam tempoh sebulan akan datang
03:32dan mungkin akan mampu mencecah paras di bawah RM4 sekiranya paras sokongan RM4.02 itu dilepasi.
03:42Dan mungkin ini memberi gambaran kita perlu bersedia pengumpulan ringgit ini mungkin akan terus berlaku.
03:49Dan pada masa sama saya percaya keyakinan dalam pasaran modal negara dan juga dalam kedudukan ekonomi juga terus akan memberi sokongan kepada nilai ringgit
03:58kerana kita mungkin akan menjangka selain daripada segi kesan pemotongan tak dapat ada yang bakal dibuat oleh Fed
04:03kita aliran masuk modal juga mungkin akan terus meningkat dan memberi sokongan kepada pasangan kewangan negara
04:09dan turut sama terus menyokong kedudukan ringgit.
04:13Dan kita dapati bank negara sendiri tidak lagi memuatkan sebarang perbincangan mengenai prestasi ringgit
04:18dalam penyata dasar militeri yang dikeluarkan pada awal bulan ini.
04:22Memberi gambaran setakat ini pengumpulan nilai ringgit tidak memberi kesan membebankan kepada ekonomi dan juga pasaran kewangan Malaysia.
04:28Tuan Buiz, kalau melihat kepada data ekonomi Malaysia pula, indeks harga pengeluar ataupun PPI menyusut 0.1% pada bulan 10 Oktober.
04:39Jadi penurunan paling perlahan dalam tempoh 8 bulan kalau kita boleh katakan.
04:43Jadi bagaimana bacaan Buiz bagi pergerakan indeks harga pengguna CPI bagi bulan-bulan akan datang?
04:49Melihat kepada penyusutan PPI yang semakin hampir untuk mencatat pertumbuhan positif.
04:53Adakah pengguna perlu bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi?
04:56Pertama sekali bila kita sebut tentang kadar inflasi ini menggambarkan mengenai tekanan harga berapa laju kenaikan harga itu berlaku.
05:08Dan pada bulan Oktober kalau kita lihat dari segi peningkatan harga pengguna sebanyak 1.3% adalah lebih perlahan berbanding 1.5% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
05:18Dan ini menunjukkan tekanan harga yang dihadapi oleh pengguna adalah lebih perlahan.
05:23Sebaliknya seperti yang dinyatakan tadi peningkat ataupun penyusutan PPI yang lebih perlahan itu memberi gambaran terdapat peningkatan sedikit demi sedikit.
05:32Khususnya daripada tekanan harga bahan mentah kerana kita dapati dari segi PPI bagi bahan mentah ini masih kekal positif.
05:39Dan mungkin perkara ini perlu diberi perhatian sekiranya tekanan harga akan terus meningkat yang perlu dihadapi oleh pengeluar.
05:47Sekiranya PPI terus meningkat pada bulan-bulan yang akan datang kita mungkin perlu bersedia.
05:52Mungkin akan berlaku peningkatan harga jualan kerana pengeluar mungkin terpaksa menyerahkan ataupun mengenakan harga yang lebih tinggi bagi memastikan mereka mampu untuk bertahan dan terus beroperasi.
06:05Tapi bila kita lihat dari segi kadar inflasi ini juga kita perlu faham bahawa paras harga akan terus meningkat.
06:11Walaupun kadar inflasi itu dah lebih rendah berbanding sebelum ini tetapi bila kita dapati kakak kadar inflasi yang masih kekal positif
06:19kita masih perlu bersedia dan sentiasa terus merancang kedudukan kewangan kita bahawa paras harga akan terus meningkat menunjukkan kos sari hidup sedikit demi sedikit akan terus meningkat dari masa ke semasa.
06:31Ini adalah antara isu yang kami sering bawakan dalam perbincangan berkenaan dengan kawasan hidup tapi itu kita akan bawa ke tepi dahulu.
06:38Tapi berkenaan dengan selain PPI data terkini indeks pelopor juga ataupun leading indeks melonjak 0.8% berbanding penurunan 0.3% pada 2 bulan sebelumnya.
06:50Jadi adakah peningkatan leading indeks ini sebenarnya memberi gambaran ekonomi negara akan berkembang lebih kuat dalam tempoh terdekat?
06:57dan adakah KDNK negara bagi suku akhir tahun ini mampu dikekalkan sekitar 5%?
07:05Kalau kita lihat dari segi suku keempat tahun ini kebiasaannya dari segi tahun ke tahun suku pertubuhan suku keempat adalah lebih sederhana berbanding pertubuhan suku ketiga
07:16dan kalau kita ambil kira contohnya kesan dari segi jumlah hujan yang tinggi yang teruk belah kita lihat berlaku dalam beberapa bulan ini
07:25ianya mungkin akan menjadi sedikit khususnya aktiviti-aktiviti pengeluaran seperti dalam sektor pertanian dan juga peladangan
07:33yang mana kedua-dua sektor ini adalah amat teredah dengan perubahan cuaca dan juga klamit yang agak tidak menentu.
07:41Namun bila kita lihat dari segi peningkatan leading indeks ini apa yang memberi satu keyakinan yang baik adalah momentum yang lebih baik
07:48peningkatan kepada paras positif menunjukkan leading indeks memberi gambaran bahawa momentum pertumbuhan ekonomi negara mungkin akan adalah
07:57tambah baik khususnya dalam tempoh jangka pendek dalam tempoh 3 ke 6 bulan kerana kita dapati contohnya terdapat peningkatan pembelian yang dibuat oleh syarikat
08:06dan juga jumlah syarikat yang didaftarkan terus meningkat memberi gambaran aktiviti-aktiviti ekonomi semakin bertambah dan semakin berkembang.
08:14Cuma apa yang perlu kita fahami juga dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh Dozer menyatakan bahawa bacaan leading indeks secara kasar ini
08:22masih menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara akan kekal pada paras yang sederhana.
08:26Jadi walaupun momentumnya dijangka akan bertambah baik, pertumbuhan mungkin masih berada dalam keadaan yang sederhana.
08:32Tidak terlalu tinggi dan tidaklah terlalu pelahan.
08:35Untuk sebagai rangkuman jaga analisis berdasarkan data terkini, apa jangkaan MBSB Research bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan 2006
08:44dan adakah tekanan ke atas perdagangan luar akan terus memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, Mois?
08:51Kalau kita lihat dari segi suasana ekonomi akan datang, saya percaya keadaannya tidak jauh berbeza daripada apa yang kita lihat pada tahun ini.
08:58Oleh sebab itu, bagi tahun 2026, kami menjangka pertumbuhan mungkin akan berada sedikit sederhana,
09:02lebih kurang sekitar 4.3% atau berada dalam julat 4 ke 4.5% berbanding 4.6% yang kami menjurkan tahun ini.
09:10Ini mengambil kira kemungkinan juga kesan lanjut yang dikenakan hasil daripada peningkatan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
09:20Namun, kita dapat prestasi ekspor dalam bulan-bulan baru ini menunjukkan
09:24yang pertumbuhan dagangan luar masih adalah dalam keadaan memberangsangkan.
09:31Mungkin tekanan ataupun kesan langsung ini tidaklah begitu membebaskan.
09:34Kerana kita menjangka peningkatan permintaan luar khususnya bagi barangan elektrik dan elektronik dan juga komoditi
09:40akan terus menyokong pertumbuhan ekspor negara pada tahun akan depan.
09:44Namun, bila kita lihat dari segi punca ataupun pemacu pertumbuhan masih adalah dipacu oleh peningkatan aktiviti ekonomi domestik.
09:55Contohnya, promosi tahun melawat Malaysia mungkin kita akan dapati peningkatan ketibaan dan juga perbelanjaan oleh para pelancong.
10:02Dan juga keadaan pasaran buruh yang masih kekal positif, kita menjangka pertumbuhan perbelanjaan pengguna
10:09akan terus menjadi punca utama pertumbuhan yang masih kekal positif untuk ekonomi negara.
10:15Kerana kita dapati kekuatan pertumbuhan ekonomi domestik dijangka akan mampu memberi penampan
10:21untuk mengelakkan sebarang kesan tidak baik kepada kestabilan ekonomi negara.
10:26Khususnya daripada ketentuan perdagangan luar yang mungkin masih terjejas dengan kesan perang dagangan
10:32dan juga perubahan-perubahan polisi perdagangan yang dibuat oleh negara-negara lain.
10:37Mungkin yang terakhir, Muiz, dari sektor ekonomi pula, apa sektor yang Muiz jangka akan menjadi penyokong utama
10:43pertumbuhan ekonomi negara tahun hadapan dan bagaimana nilai ringgit itu yang terus mukuh
10:48bakal memberi kesan kepada aktiviti perniagaan dan juga perdagangan?
10:52Secara umum kalau kita lihat dari segi seperti yang saya nyatakan tadi,
10:57pemacu pertumbuhan ekonomi itu dijangka adalah datangnya daripada peningkatan ekonomi,
11:02aktiviti ekonomi domestik. Oleh sebab itu, saya menjangka dari segi sektor,
11:07sektor perkhidmatan adalah antara sektor yang dijangka akan mampu berkembang lebih kuat
11:12pada tahun hadapan, mengambil kira perbelanjaan ataupun peningkatan,
11:17perbelanjaan yang bakal dibuat oleh para pelancong dan juga kita dapati
11:22ini akan memberi kesan positif kepada pertumbuhan sektor-sektor seperti
11:27perdagangan borong dan rucit, perkhidmatan makanan dan minuman dan juga
11:32sektor penginapan dan hotel. Sektor kedua, bagi saya, kita setiap melihat
11:38punca ataupun antara sektor yang turut memberi peluang pekerjaan yang baik adalah
11:43sektor pembinaan kerana ini disokong oleh projek-projek pembinaan yang
11:47masih dijalankan seperti peluasan dan pembinaan jalan raya, lebuh raya dan
11:52juga projek-projek seperti pinang alati. Yang mana kita jangka pertumbuhan
11:56sektor pembinaan mungkin akan berada pada paras yang baik sekitar 9 ke 10%
12:02pada tahun hadapan. Yang ini amat baik berbanding tahun-tahun yang kita lihat
12:06pada sebelum ini dan pada kita lihat dari segi sektor perkilangan juga bagi saya
12:10akan terus catatkan pertumbuhan kerana memenuhi permintaan daripada
12:15domestik mahupun peningkatan daripada pasaran luar. Sebut tentang
12:21tukaran ringgit ini pada saya secara umumnya adalah satu kesan baik
12:25khususnya syarikat-syarikat dalam sektor pembuatan perkilangan
12:28mahupun dalam utiliti dan juga sektor pengguna sendiri akan dapat
12:33mengurangkan tekanan infrasi daripada kos import yang lebih rendah
12:37kerana nilai ringgit yang lebih tinggi. Namun pada masa yang sama kita percaya
12:42dalam keadaan ekonomi yang lebih baik kebanyakan satu sektor yang
12:46saya percaya akan lebih terus memberi sokongan pada pertumbuhan ekonomi
12:50negara adalah banyak tertumpu kepada sektor-sektor yang berada yang
12:54memberi tekanan ataupun fokus kepada ekonomi domestik kerana kita
12:57masih agak sedikit bimbang mengenai ketidaktentuan dalam pasaran
13:02perdagangan luar.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended