Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Syarikat itu berkata perolehan yang lebih baik itu disokong terutamanya oleh sektor pelaburan dan pembangunan hartanah, perkhidmatan pengurusan dan lain-lain, serta perniagaan simen dan bahan binaan.
Transcript
00:00Baik saya teruskan dengan perkembangan seterusnya, keuntungan bersih YTL Corporation Berhad meningkat kepada RM346.48 juta pada suku pertama berakhir 30 September 2025 daripada RM333.71 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
00:17Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, perolehan yang lebih baik itu disokong terutamanya oleh sektor pelaburan dan pembangunan hartanah, perimatan pengurusan dan lain-lain serta perniagaan simen dan bahan binaan.
00:32Bagaimanapun, perolehan bagi suku dalam tinjauan susut kepada RM7.64 bilir daripada RM7.77 bilir pada suku pertama tahun lalu, terutamanya terjejas oleh perniagaan pembinaannya.
00:45Konglomerat itu berkata ia kekal optimis dan berhati-hati terhadap perniagaan pembinaannya, walaupun berdepan tekanan inflasi berterusan dan ketidaktentuan geopolitik serta ekonomi global.
00:56Sementara itu, unit milik penuh YTL, YTL Power International Berhad, iaitu syarikat pelbagai utiliti pula merekodkan keuntungan bersih yang kukuh sebanyak RM500.57 juta pada suku pertama tahun kewangan 2026 berbanding RM470.60 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
01:15Prestasi yang lebih baik itu didorong terutamanya oleh perniagaan air dan pembentungan dan aktiviti pegangan pelaburannya yang menerima manfaat daripada kerugian pertukaran asing yang lebih rendah.
01:26Mengenai prospek, YTL Power berkata ia akan terus menawarkan pelan data yang berpatutan dan perkhidmatan 5G yang inovatif dalam perniagaan telekomunikasinya.
01:35Ksimen ini dilihat mampu meningkatkan asas pelanggannya, diperkukuh oleh kerjasama dan perkongsian.
01:41Dalam hal itu, Malayan Semen Berhad, pengeluar Semen yang dikawal oleh YTL Corporation, turut merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM200.57 juta daripada RM139.44 juta suku sama tahun lalu disebabkan oleh pendapatan yang lebih tinggi, kos pembaikan dan penyelenggeraan yang lebih rendah, serta prestasi yang lebih baik disokong oleh peningkatan kecekapan yang berterusan.
02:05Perolehan meningkat kepada RM1.22 bilion daripada RM1.17 bilion sebelumnya.
02:13Oleh itu, Malayan Semen menjangkakan permintaan terhadap simen terus disokong oleh projek awam, kediaman dan infrastruktur utama selain pembangunan hub logistik, pusat data dan kemudahan perindustrian.
02:24Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended