00:00Pada masa sama, tak lupakan juga apa yang berlaku di negara jiran terutamanya banjir di luar negara pasukan Kilamat pada Khamis telah pun bertungkus lumus untuk memindahkan penduduk yang terperangkap dalam arus deras banjir berlumput di Pulau Sumatera Indonesia.
00:17Ini selepas kediaman mereka musnah di rempoh air susulan taufan tropika yang jarang berlaku di rantau berkenaan.
00:23Pihak berkuasa maklumkan taufan itu melanda kawasan paling barat di Kepulauan Indonesia, menengelangkan selat Melaka serta mencetuskan banjir dan tanah runtuh.
00:34Bencana itu setakat ini telah meragut sekurang-kurangnya 61 nyawa manakala 100 penduduk masih hilang dan dikuatiri angka korban akan meningkat berikutan hujan berterusan.
00:45Agensi mitigasi bencana negara turut memberi amaran jumlah kematian dijangka bertambah memandangkan lebih ramai penduduk terjejas belum dapat dihubungi.
00:52Wilayah paling terkesan ialah bahagian utara Sumatera di mana tanah runtuh telah memutuskan laluan darat serta memusnahkan infrastruktur komunikasi.
01:01Agensi turut maklumkan helikopter dikerah untuk menghantar bantuan kecemasan dan menyokong operasi logistik selepas jaringan jalan raya dan komunikasi lumpur.
01:10Pegawai polis Ferry Walintukan mengesahkan 43 kematian direkodkan di wilayah Sumatera Utara manakala 9 maut masing-masing di Sumatera Barat dan wilayah Aceh di hujung barat laut pulau tersebut.
01:23Menurut pihak berkuasa wilayah, hampir 12,000 penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara manakala lebih ramai lagi masih menunggu operasi menyelamat.
01:32Banjir dan tanah runtuh di Sumatera merupakan antara seri bencana cuaca yang melanda Asia Tenggara minggu ini.
Be the first to comment