Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Sekurang-kurangnya 31 orang terkorban manakala 14 lagi masih hilang di Sri Lanka akibat bencana cuaca ekstrem, menurut Agensi Pengurusan Bencana negara itu pada Khamis (27 November).
Transcript
00:00Ini pula di Sri Lanka, mana 31 orang terkorban, mana 14 lagi masih hilang akibat bencana cuaca ekstrim menurut agensi pengurusan bencana negara itu pada Kamis.
00:11Presiden Sri Lanka Anura Kumara Nisana Yaakim mengadakan mesyuarat kecemasan pada hari sama bagi memperhalusi langkah mitigasi serta bantuan terhadap impak bencana.
00:21Mesyuarat itu diadakan bersama pegawai pengurusan bencana, pemimpin parti pembangkang serta pegawai kanan angkatan tentera, polis dan pasukan keselamatan.
00:32Pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat berterusan dengan taburan sehingga 200mm dalam masa singkat berpotensi mencetuskan lebih banyak kejadian banjir dan tanah runtuh terutamanya di kawasan tengah serta daerah berbukit.
00:46Agensi pengurusan bencana juga menyatakan keadaan tanah yang semakin tepu ditambah dengan arus deras di kawasan rendah sedang merumitkan operasi menyelamat SAR termasuk usaha menjejaki 14 mangsa yang dilaporkan hilang.
01:01Sri Lanka ketika ini berdepan salah satu bencana cuaca berkaitan alam sekitar paling buruk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan dengan ribuan penduduk di wilayah tengah dan zon perbukitan masih berada dalam keadaan berisiko.
01:14Pasukan kecemasan kini berada dalam kesiapsiagaan tinggi dengan tumpuan diberikan kepada pemindahan penduduk dari kawasan berbahaya, pemantauan struktur cerun serta penyampaian bantuan asas ketika hujan dijangka berlanjutan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended