Skip to playerSkip to main content
Felo Kanan Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia Jepun (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Khamarrul Azahari Razak berkata inovasi mitigasi banjir berasaskan komuniti perlu digalakkan. Jelasnya, langkah ini bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa, bahkan juga mengurangkan kerugian ekonomi. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Kerana di media sosial ada banyak juga cerita-cerita menarik yang mungkin boleh menangkap imajinasi sebahagian daripada mereka yang berada di kawasan berisiko banjir
00:09antaranya cerita berkenaan dengan rumah terapung.
00:12Adakah itu satu kebimbangan bagi pemerhati dan pakar seperti doktor apabila lebih ramai orang yang mengambil tindakan untuk bertindak sendiri
00:20supaya mereka boleh kekal di rumah mereka tanpa perlu berpindah ke PPS ataupun sekurang-kurangnya mereka boleh pindah ke PPS
00:25tapi dalam keadaan rumah mereka tidak ditelenggami air maka mereka mulalah pasang pelampung dan sebagainya
00:31ataupun mereka pasang penghadang sekiranya rumah mereka.
00:33Adakah itu satu kebimbangan ataupun sebenarnya idea yang boleh kita galakkan?
00:36Baik, menarik untuk kita kupas.
00:39Pertama, kita harus memahami jumlah penduduk Malaysia yang rentan kepada bencana ini mencecah hampir 10.1 juta penduduk.
00:51dikala kita memperkatakan hampir 13% tanah Malaysia ini, bumi Malaysia ini sebenarnya rentan kepada bencana.
01:00Ini data dan rekod oleh pihak GPS yang menunjukkan bahawa peningkatan kepada jumlah kawasan-kawasan baru yang terdedah
01:09dikala kawasan-kawasan sedia ada juga menuntut projek-projek mitigasi bersutur dan tidak bersutur.
01:15Jadi saya melihat dari sudut pandang positif bahawa inisiatif-inisiatif yang dipacu oleh beberapa inovasi-inovasi ini
01:24kita amat alu-alukan dan sebahagian besarnya dibuat secara bersasar.
01:30Turut dibantu oleh pihak kerajaan, NGO-NGO, pihak-pihak pelabur, pihak-pihak industri.
01:35Banyak rumah terapung dikala banyak mereka yang memperkatakan sebenarnya dia membantu pihak kerajaan
01:43untuk memenimakan, mengurangkan apa yang kita rujuk sebagai kerugian ekonomi.
01:50Dikala kita berupaya mengurangkan kadar kematian ataupun kadar kecederaan berdasarkan kepada rekod hampir satu dekad.
02:00tetapi jumlah kadar kerosakan dan kerugian ekonomi meningkat berkali ganda.
02:08Ini suatu yang kita harus raikan idea-idea inovasi-inovasi bersifat lokal ini
02:16dan seharusnya dicungkil dan diperluaskan di kawasan-kawasan.
02:21kerana saya melihat dengan mata sendiri bagaimana penduduk ini juga berniaga di kala Monsur Timur Laut.
02:29Bagaimana gerai-gerai mereka, perlahatan-perlahatan perniagaan mereka juga
02:34dibantu oleh beberapa inovasi-inovasi yang kos efektif ini
02:40berupaya meneruskan kelangsungan kehidupan selama 3-4 bulan.
02:46Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended