Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jumlah mangsa banjir meningkat kepada Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 16,687 orang di sembilan negeri iaitu Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Transcript
00:00Jumlah mangsa banjir yang terjejas terus meningkat kepada 16,687 orang di sembilan negeri setakat pukul 11.30 malam tadi.
00:09Menurut laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelantan mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 9,973 mangsa yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara PPS.
00:22Daerah terjejas banjir di Kelantan meliputi Tumpat, Bacok, Kota Baru dan Pasir Putih.
00:27Di Perak, 2,288 mangsa berteduh di 24 PPS di daerah Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Mu'alim serta Hili Perak.
00:38Ini diikuti Selangor di mana 2,142 mangsa ditempatkan di 17 PPS di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hululangat, Kelang dan Sya'alam.
00:49Di Pelis, 1,010 mangsa berlindung di 10 PPS di Padang Besar, Kanga dan Arau.
00:53Di Kedah, daerah Kulim dan Kubang Pasu merekodkan 765 mangsa yang berteduh di 11 PPS.
01:01Di Pulau Pinang, 4 PPS dibuka di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah menempatkan 377 mangsa.
01:08Terengganu pula merekodkan 98 mangsa yang berada di 1 PPS di Besut.
01:13Di Sarawak, 32 mangsa sedang berlindung di 1 PPS di Miri, manakala di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2 mangsa ditempatkan di 1 PPS di Brickfields akibat tanah runtuh.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended