Skip to playerSkip to main content
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata orang ramai diingatkan bahawa hanya keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 oleh SPR yang tepat dan muktamad, walaupun ada pihak yang mengeluarkan keputusan tidak rasmi semasa hari pengundian pada 29 November akan datang. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Satu perkara, mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang tidak faham.
00:04Kalau dulu, kebergantungannya kepada SPR itu sangat tinggi apabila untuk mendapatkan keputusan penuh.
00:09Tetapi, sejak beberapa tahun ini, kita ada keputusan tidak rasmi contohnya.
00:17Dan juga, setiap parti juga akan ada buat pengiraan sendiri di pusat-pusat parti masing-masing.
00:24Tetapi, ada dalam kalangan kita yang mungkin tidak memahami perkara berkenaan sebabnya rasminya adalah daripada SPR.
00:32Yang akhirnya, yang terkena tempiasnya adalah dinyatakan SPR lambat buat keputusan.
00:39Sedangkan keputusan itu dah dapat di kamp parti masing-masing ataupun di media sosial dan sebagainya.
00:46Apa komen Datuk berkaitan dengan hal ini?
00:48Dari segi paturan, SPR tertakluk kepada paturan-paturan dan perundangan-perundangan yang telah ditetapkan.
00:58Jadi, kita mempunyai perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pihak SPR berdasarkan kepada peruntukan undang-undang
01:07yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu keputusan diumumkan di peringkat SPR.
01:15Jadi, yang membezakan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak SPR dan juga parti-parti politik atau penganisah-penganisah politik adalah dari segi kesahihan.
01:27Jadi, apa yang dikeluarkan oleh pihak SPR adalah sahih berdasarkan kepada peraturan, peruntukan undang-undang yang mana diadakan untuk mempastikan bahawa
01:42itulah keputusan yang mengutamat yang kemungkinan besar tidak berubah.
01:49Ini berbanding dengan keputusan-keputusan ataupun pengiraan yang tidak rasmi yang dikeluarkan oleh parti-parti politik
01:56yang mungkin terdapat kesalahan, kesilapan disebabkan oleh mungkin tata caranya lebih longgar
02:04berbanding dengan tata cara yang perlu dipatuhi oleh pihak SPR.
02:07Ya, ini sangat jelas.
02:09Bila kita bercakap rasmi, SPR adalah badannya.
02:12Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended