00:00Baik, kembali dalam sinar awal ini beginilah situasi dan juga keadaan semasa di Jalan Puyuh, Kampung Batu 10 Ceras yang masih lagi digenangi air akibat musibah banjir.
00:10Baik, hari ini hari terakhir lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Nairobi, Kenya.
00:16Dan bagi perincian apa sebenarnya agenda beliau pada hari ini, kita bersama dengan rakan tugas Hafiz Marzuki.
00:22Hari ini dimulakan dengan sambutan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Statehouse,
00:31di mana ia merupakan kediaman rasmi bagi Presiden Kenya, William Ruto.
00:35Dan sejurus selepas sambutan rasmi itu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan bilateral.
00:42Dan sejurus selepas itu, satu sidang media bersama dibuat di mana Malaysia dan Kenya telah mengumumkan hasrat
00:48untuk meningkatkan ataupun menaik taraf hubungan bilateral, hubungan dua hala mereka kepada taraf strategik,
00:55iaitu strategik partnership ataupun strategik cooperation.
00:58Apakah maksudnya? Ia menunjukkan bahawa kedua-dua negara berhasrat untuk bekerjasama dengan lebih rapat,
01:05baik dari segi perdagangan, pertukaran teknologi dan sebagainya.
01:08Dan antara perkara yang turut digariskan ketika pertemuan ini adalah pengurangan ataupun removal of tariffs
01:17terhadap produk-produk pertanian dan juga daging lembu.
01:20Dan ini kita lihat antara langkah pertama dalam usaha kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan mereka baik
01:27dari segi perdagangan dan juga pelaburan.
01:29Selepas sidang media bersama ini, Dato' Sri Anwar ada menghadiri Malaysia High Education Forum di Nairobi
01:36dan seterusnya beliau akan menghadiri High Level Business Forum, Forum Perniagaan Malaysia Kenya
01:43di mana beliau dijaduakan untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin ataupun komuniti bisnes di Nairobi, Kenya.
01:50Dan seterusnya selepas itu akan ada beberapa sidi pertemuan dengan syarikat-syarikat tempatan
01:54dalam usaha untuk berbincang tentang apa yang Malaysia dan Kenya boleh dapat melalui kerjasama sebegini.
02:01Saya kira sekian sahaja untuk laporan saya buat masa ini.
02:06Perdana Menteri dijaduakan untuk mengakhiri lawatannya hari ini
02:09beliau dijaduakan untuk melepas pulang ke Malaysia pada jam 6.30 petang waktu tempatan di Nairobi
02:14iaitu sekitar 11.30 malam nanti waktu Malaysia.
02:18Sekian sahaja daripada saya, kembali bersama rakyat tugas di studio.
Be the first to comment