Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kerajaan memberi jaminan akan mengambil langkah tegas bagi membendung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) termasuk penghasilan kandungan deepfake dan manipulasi digital yang berpotensi mempengaruhi sentimen pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).
Transcript
00:00Kerajaan memberi jaminan akan mengambil langkah tegas bagi membendung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan AI
00:06termasuk penghasilan kandungan deepfake dan manipulasi digital menjelang pilihan raya umum ERU.
00:13Dari digital Gobin Singh Dio berkata, kerajaan memandang serius risiko AI digunakan untuk menyebar maklumat palsu,
00:21membentuk persepsi tidak tepat sehingga mencetuskan kebimbangan awam.
00:25Dari aspek pemantauan kandungan dalam talian, MCMC ataupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
00:32menggunakan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia tahun 1998
00:37untuk kesan serta ambil tindakan terhadap penyebaran maklumat palsu, kandungan berbahaya dan penyalahgunaan teknologi
00:45seperti deepfake terutamanya menjelang musim pilihan raya umum
00:49di mana risiko manipulasi maklumat dan pengaruh terhadap persepsi awam semakin meningkat.
00:56Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat kepada soalan Ahli Parlimen BN Tampin,
01:01Datuk Muhammad Isa Muhammad Isa mengenai pemantauan dan persiapan bagi mengekang penyalahgunaan
01:06atau ancaman teknologi AI khususnya menjelang pilihan raya umum nanti.
01:10Sehubungan itu, kata Gobin, Jabatan Perlindungan Data Pribadi sedang membangunkan tiga garis panduan utama
01:16iaitu garis panduan penilaian impak perlindungan data, garis panduan data protection by design
01:22dan garis panduan pembuatan keputusan automatik dan pemprofilan.
01:27Garis panduan itu menurutnya dibangunkan berdasarkan maklum balas konsultasi awam dan libat urus industri
01:32bertujuan menetapkan keperluan minimum serta langkah praktikal dalam mengurus data pribadi dengan lebih berkesan.
01:40Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended