Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
AWANI Borneo Isnin, 24 November 2025 bersama Assim Hassan
1. Tiada negeri mampu bergerak sendiri tanpa sokongan persekutuan - Hajiji
2. KDM yakin menang mudah 15 kerusi - Wetrom
3. Belanjawan Sarawak 2026 peruntuk RM12.9 bilion, unjuran lebihan RM144 juta

Category

🗞
News
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Asim Hassan dalam Awan Ibu Urneo berikut tajuk utama untuk anda malam ini.
00:18Haji J tolak dawaan ikut telunjuk persekutuan tegang.
00:21Vedrom optimis sokongan terhadap KDM makin meningkat.
00:34Belanjawan Sarawak 2026 peruntuk RM12.9 bilion.
00:38Pengerusi gabungan rakyat Sabah GRS, Datuk Sri Haji J Nur menafikan dawaan kononnya hubungan antara Sabah dan Putrajaya tegang.
01:07Ketua Menteri Sabah itu sebaliknya menegaskan pembangunan Sabah hanya mampu dicapai melalui hubungan yang baik dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
01:19Jelas Haji J beliau sendiri sering berbincang terus dengan Perdana Menteri bagi membuka laluan yang lebih besar untuk pembangunan negeri.
01:26Saya pikir ini tidak benar.
01:30Sebenarnya, kadang-kadang dengan PM saya cakap betul-betul dalam meeting untuk membawa kepentingan negeri Sabah.
01:41Yang penting, kita mesti ada hubungan baik dengan kerajaan pusat Tuhan untuk negeri Sabah.
01:51Kalau kita ingin mengembangkan Sabah, kita harus mempunyai hubungan yang baik dengan pemerintah federal.
01:56government. Kalau kita sahaja satu negeri, kita tidak boleh kerana everything, federal government adalah satu pentadbiran bagi negara kita.
02:10So, kenapa kita tidak kerjasama?
02:12So, itu cuma rekaan politik semata-mata.
02:15Tegas Haji J tiada negeri mampu bergerak sendirian tanpa sokongan persekutuan kerana sistem pentadbiran negara memerlukan penyelarasan untuk menjamin kemajuan bersama.
02:26Haji J berkata demikian sewaktu ditemui media selepas menghadiri program pemimpin bersama rakyat di Dewan Terbuka Kiulu pada Isnin.
02:37Parti Warisan mahu mengembalikan semula dua kementerian di Sabah jika kembali mentadbir negeri itu selepas PRN pada diperlukan.
02:4529 November ini, Presidennya Datuk Seri Mama Syafiq Abdal berkata, Sabah sememangnya mempunyai hak untuk menubuhkan Kementerian Kesihatan
02:53dan mengendalikan Kementerian Pendidikan dan Inovasi sendiri berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
03:02Kita nakkan contohnya kalau bukan hanya Kutengenabalu, but spread the development based on needs yang ada.
03:10Jangan hanya di bandar-bandar, ada kawasan yang luar bandar memerlukan sistem pendidikan pelajaran,
03:17memerlukan sistem kesihatan yang mempunyai perubatan, yang mempunyai akses to medical services yang ada.
03:25Maka penting kepada kita mewujudkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran yang ada.
03:31Tapi jauh penting daripada itu, kita nakkan supaya satukan rakyat Sabah ini.
03:36Sementara itu, Syafiq berkata warisan mahu membina dua buah empangan hidro di Sungai Utama di Kinabatangan dan Segama Lahadatu.
03:47Katanya empangan-empangan itu akan memenuhi keperluan bekalan air dan tenaga elektrik di kawasan pantai timur serta barat tanpa menjejaskan ekosistem.
03:57Menurutnya pembinaan empangan itu juga akan membuka ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sekaligus merangsang pembangunan ekonomi setempat.
04:06Tidak ada sebarang rekod menunjukkan warisan berjaya menyelesaikan 17 tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 ME63.
04:18Sepanjang parti itu menerajui kerajaan negeri Sabah dari 2018 hingga 2020.
04:25Timbalan Setiusa Agung Gabungan Rakyat Sabah GRS, Datuk Armizan Muhammad Ali berkata,
04:30Beliau telah mendengar dakwaan itu sejak 2023 dan kini kembali berkumandang sebagai bahan kimpin parti berkenaan menjelang PRN Sabah ke-17.
04:42Armizan berkata berdasarkan dokumen urus setia, tiada bukti menunjukkan 17 perkara itu telah diselesaikan.
04:49Dulu tahun 2023 pernah berbangkit. Bila saya persoalkan dan tanya, barulah Datuk Sri Panglima Syafi betulkan.
04:59Katanya belum selesai tapi telah dipersetujui.
05:02Sudah berbulan menjelang pelan raya kali ini sebab mungkin sudah tiada modal untuk dijual kepada rakyat,
05:08maka diulang kembali retorik dan naratif yang sama.
05:11Saya ini pernah menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap urus setia MN63,
05:17iaitu bagian Harikwal Sabah dan Sarawak BES.
05:20Saya ada akses kepada semua maklumat mengenai perbincangan rasmi MN63
05:24di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak.
05:29Beliau berkata dalam tatbir urus kerajaan,
05:32frasa seperti persetujuan secara prinsip atau kelulusan dasar tidak bermakna sesuatu perkara itu
05:38telah diluluskan sepenuhnya sebagaimana dituntut.
05:43Malah lebih penting tidak semua perkara yang dipersetujui secara dasar akan dilaksanakan.
05:49Beliau berkata dalam tempoh setahun memimpin urus setia berkenaan,
05:53terdapat lima perkara yang telah dibincangkan, dipersetujui dan dilaksanakan melalui pelbagai instrumen rasmi.
06:02Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat KDM yakin mencapai sasaran mudah memenangi
06:1015 kerusi DUN pada PRN Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung 29 November ini.
06:17Timbalan Presiden Datuk Vedrom Bahanda berkata,
06:20sebagai sebuah parti baru, KDM perlu bersikap rasional dalam menetapkan sasaran kemenangan,
06:26tetapi perkembangan semasa menunjukkan sokongan terhadap parti itu semakin meningkat.
06:32Beliau berkata gelombang sokongan pengundi terhadap parti lokal sepenuhnya
06:37kini menjadi faktor utama yang mengukuhkan kedudukan KDM berbanding PRN sebelumnya.
06:43sasaran kita sebenarnya 10 hingga 15 dan kalau kita dapat lebih itu bonus.
06:50Memang kita menjangkakan pada awalnya kita akan mencapai kerusi dalam 20 lebih kerusi,
06:55tapi dalam keadaan sekarang ini dengan kehendak rakyat, kadang-kadang ada juga di peringkat
07:00akar rumpi yang memerlukan sesuatu untuk mengundi,
07:04maka mungkin itu mengurangkan kadar kemenangan kita dan kita juga sebagai parti baru,
07:14kita kena rasional mungkin sasaran kita 10 hingga 15.
07:17Tapi kita menjakin bahawa parti kita akan mencapai sasaran muda kita 15 kerusi.
07:22Antara perkara utama yang menjadi tuntutan pengundi pada PRN kali ini ialah kepimpinan berintegriti.
07:29Mengenai cadangan sebagai Ketua Menteri pula,
07:32Wedron berkata KDM telah sebulat suara mencadangkan beliau sebagai Ketua Menteri
07:37jika parti itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRN Sabah ke-17.
07:43Jelas beliau lagi pindaan Perlembagaan Sabah juga membuka peluang sama rata kepada semua parti
07:48kerana Ketua Menteri tidak semestinya dilantik daripada parti yang memenangi kerusi terbanyak.
07:55Badi siapapun akan menjadi Ketua Menteri.
08:00ertinya diantara parti-parti ini mempunyai chance yang sama untuk menjadi Ketua Menteri antara wakil-wakil parti ini
08:08dengan syarat akan ditentukan oleh TYT mana diantara wakil rakyat yang akan mendapat
08:17yang diarasakan mendapat sokongan padu daripada 73 wakil rakyat yang ada.
08:22Pada PRN Sabah ke-17, KDM menampilkan seramai 40 calon dengan sekitar 70% adalah muka baharu
08:30selain 30% lagi calon muda.
08:35Vedrom juga mahu menjadikan matunggung sebagai daerah penuh jika diberikan mandat pada PRN Sabah kali ini.
08:42Calon parti KDM itu berkata status daerah penuh akan memberi kelebihan besar kepada penduduk
08:47termasuk penyelarasan perkhidmatan awam dan kemasukan peruntukan pembangunan yang setara dengan daerah lain.
08:56Jelas beliau usaha tersebut merupakan salah satu daripada enam tawarannya di Dun Matunggong
09:02dalam memastikan penduduk di kawasan berkenaan terus menikmati pembangunan khususnya bagi menarik kemasukan pelaburan.
09:09Kita juga masih berada dalam daerah yang termiskin.
09:13Jadi aspirasi rakyat, kita ingin jadikan daerah kecil Matunggung ini kepada daerah penuh.
09:20Itu yang paling penting.
09:21Kalau kita berkuasa, insyaAllah kita tanpa melengahkan.
09:26Inilah perkara pokok yang akan menjadi nadi kepada pembangunan Matunggung.
09:31Sebab bila daerah penuh, kita akan mendapat semua jabatan akan berada dalam satu bumbung
09:36dan keduanya peruntukan akan sama dengan daerah-daerah yang lain.
09:39Selain menaik taraf Matunggung, Wedrom berkata manifestonya turut memberi tumpuan khusus kepada usaha memperkasakan belia
09:47dari segi sukan, bakat serta kepimpinan.
09:52Pembangunan infrastruktur menyeluruh akan dilakukan demi memastikan keselesaan
09:56seperti akses air bersih, bekalan elektrik yang stabil serta jalan raya yang lebih baik.
10:02Turut terkandung ialah hak tanah untuk penduduk tempatan, memperluas seliputan digital dan komunikasi berkelajuan tinggi.
10:11Keenam kebajikan penduduk yang lebih terancang antaranya memberikan bantuan pendidikan
10:15seperti kemasukan ke sekolah, kolej dan universiti.
10:20Mengenai manifesto KDM pula, antara fokus utama parti itu ialah memperjuangkan
10:24perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
10:31Dalam masa sama, Wedrom yakin KDM mampu meraih kemenangan di kerusi Matunggung pada PRN Sabah ke-17
10:37dengan kekuatan sebenar terletak pada sokongan rakyat.
10:45Merotai yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri akan dijadikan pusat peradaban dan perkembangan ilmu
10:51di masa akan datang. Jelas calon Pakatan Harapan PH, Datuk Ruji Ubi,
10:56kedudukan merotai yang terletak sebagai lokasi pertengahan antara Tawau dan Kalabakan
11:01menjadikannya adalah lokasi strategik untuk pembangunan pendidikan itu.
11:07Tambahnya ilmu peradaban merupakan satu keperluan masa kini
11:10bagi membawa negeri itu ke arah masa depan yang lebih baik dan bebas dari rasuah.
11:16Dalam jangka pendek ini, saya ingin menjadikan merotai ini,
11:21pusat peradaban dan perkembangan ilmu. Ini saya diminta oleh salah seorang tokoh agama kita
11:27menjadikan pusat peradaban dan perkembangan ilmu dan tidak perlu pun pembinaan bangunan dan sebagainya.
11:33Bangunan yang setiap ada, masjid-masjid, surau-surau adalah beberapa idea yang diberikan
11:41dan sebab dalam konteks negara kita ini, membina adab itu sangat penting.
11:49Selain itu, merotai juga memerlukan sebuah lagi sekolah menengah untuk menampung pelajar yang kian bertambah.
11:56Jika diberi mandat oleh rakyat, Ruji yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini
12:02akan menjadikan pengalamannya itu sebagai asas kepada kepimpinannya.
12:06Turut menjadi fokus dan keutamaan Ruji ialah pembangunan ekonomi penduduk khasnya bagi anak muda.
12:14Di merotai ini, kita ada 11 sekolah rendah dan hanya 2 sekolah menengah.
12:18Mana-mana yang tidak dapat bersekolah di 2 sekolah menengah itu,
12:21SMK Merotai dan SMK Bakar, mereka terpaksa bersekolah di tempat lain.
12:26Fahamkan ada yang sampai ke SMK Umas dan ada yang terpaksa turun ke bandar.
12:32Jadi keperluan untuk mempunyai sekolah menengah baru di merotai ini saya rasa sangat-sangat kritikal.
12:39Ini tempoh jangka masa sederhana dalam tema pendidikan.
12:44Dun Merotai menyaksikan pertembungan 4 penjuru iaitu calon Pakatan Harapan Datuk Ruji Ubi,
12:51Saifuddin Hatta dari Parti Warisan Sabah, Hasan Haris dari Perikatan Nasional
12:55serta Raim Atam Remy Kasim dari Parti Impian Sabah PIS.
12:59Kerajaan Sarawak mengunjurkan belanjawan menguncuk pada tahun depan
13:06dengan jumlah yang dianggarkan adalah RM12.9 bilion berbanding RM15.8 bilion pada tahun lalu.
13:14Menteri Keuangan dan Ekonomi Baru Sarawak Tan Sri Abang Johari Ton Oping berkata,
13:18jumlah itu merangkumi RM12.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM7.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
13:29The 2026 Sarawak's budget proposes a total ordinary expenditure of RM12.9 bilion,
13:41of which RM5.6 bilion is for operating expenditure,
13:49while RM7.3 bilion is for appropriation to development fund account.
13:56This appropriation is to top up the broad forward balance in the development fund account to finance 2026 development expenditure budgeted at RM9.3 bilion.
14:15Tambahnya Sarawak dijangka memperoleh pendapatan berjumlah RM13.1 bilion dengan surplas sebanyak kosong RM4 bilion.
14:24Pada 2025, ujarnya Sarawak memperoleh pendapatan sekitar RM10.3 bilion dengan RM3.9 bilion adalah hasil cukai jualan,
14:35membabitkan produk petroleum, minyak sawit mentah dan minyak isi rong sawit.
14:39Abang Johari berkata demikian ketika menyampaikan rang undang-undang pembekalan 2026-2025
14:46dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 di Kuching pada Isnin.
14:51Anda mahukan yang sahih, tepat dan komprehensif juga kenali jiwa anda menerusi platform interaktif kami.
15:01Jangan terlepas untuk mengikuti liputan berhubung pilihan rakyat Negeri Sabah ke-17 di saluran 501 dan semua platform Esra Awani sekarang.
15:10Dan saya Asim Hassan, salam hormat, kita jumpa lagi.
15:12Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended