Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Selain menaik taraf Matunggong, Wetrom berkata manifestonya turut memberi tumpuan khusus kepada usaha memperkasakan belia dari segi sukan, bakat serta kepimpinan.
Transcript
00:00Vedrom juga mahu menjadikan Matunggung sebagai daerah penuh jika diberikan mandat pada PRN Sabah kali ini.
00:07Calon parti KDM itu berkata status daerah penuh akan memberi kelebihan besar kepada penduduk termasuk penyelarasan perkhidmatan awam dan kemasukan peruntukan pembangunan yang setara dengan daerah lain.
00:20Jelas beliau usaha tersebut merupakan salah satu daripada enam tawarannya di Dun Matunggung dalam memastikan penduduk di kawasan berkenaan terus menikmati pembangunan khususnya bagi menarik kemasukan pelaburan.
00:35Kita juga masih berada dalam daerah yang termiskin. Jadi aspirasi rakyat. Kita ingin jadikan daerah kecil Matunggung ini kepada daerah penuh. Itu yang paling penting.
00:46Kalau kita berkosa, insyaAllah kita tanpa melengahkan. Inilah perkara pokok yang akan menjadi nadi kepada pembangunan Matunggung.
00:56Sebab bila daerah penuh, kita akan mendapat semua jabatan akan berada dalam satu bumbung dan keduanya peruntukan akan sama dengan daerah-daerah yang lain.
01:04Selain menaik taraf Matunggung, Wedrom berkata manifestonya turut memberi tumpuan khusus kepada usaha memperkasakan belia dari segi sukan, bakat serta kepimpinan.
01:17Pembangunan infrastruktur menyeluruh akan dilakukan demi memastikan keselesaan seperti akses air bersih, bekalan elektrik yang stabil serta jalan raya yang lebih baik.
01:27Turut terkandung ialah hak tanah untuk penduduk tempatan, memperluas seliputan digital dan komunikasi berkelajuan tinggi.
01:36Keenam kebajikan penduduk yang lebih terancang antaranya memberikan bantuan pendidikan seperti kemasukan ke sekolah, kolej dan universiti.
01:46Mengenai manifesto KDM pula, antara fokus utama parti itu ialah memperjuangkan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
01:55Dalam masa sama, Wedrom yakin KDM mampu meraih kemenangan di kerusi Matunggung pada PRN Sabah ke-17 dengan kekuatan sebenar terletak pada sokongan rakyat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended