Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Datuk Wetrom yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu menambah, KDM juga telah sebulat suara mencadangkan beliau sebagai Ketua Menteri, jika parti itu berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas PRN Sabah ke-17.
Transcript
00:00Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat KDM yakin mencapai sasaran mudah memenangi 15 kursi DUN pada PRN Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung 29 November ini.
00:13Timbalan Presiden Datu Vedrom Bahanda berkata sebagai sebuah parti baru KDM perlu bersikap rasional dalam menetapkan sasaran kemenangan tetapi perkembangan semasa menunjukkan sokongan terhadap parti itu semakin meningkat.
00:27Beliau berkata gelombang sokongan pengundi terhadap parti lokal sepenuhnya kini menjadi faktor utama yang mengukuhkan kedudukan KDM berbanding PRN sebelumnya.
00:40Sasaran kita sebenarnya 10 hingga 15 dan kalau kita dapat lebih itu bonus. Memang kita menjangkakan pada awalnya kita akan mencapai kursi dalam 20 lebih kursi.
00:50Tapi dalam keadaan sekarang ini dengan kehendak rakyat kadang-kadang ada juga di peringkat akar rumpi yang memerlukan sesuatu untuk mengundi.
01:00Maka mungkin itu mengurangkan apa ini kadar kemenangan kita dan kita juga sebagai parti baru kita kena rasional mungkin sasaran kita 10 hingga 15.
01:13Tapi kita menjakin bahwa parti kita akan mencapai sasaran mudah kita dalam 15 kursi.
01:17Antara perkara utama yang menjadi tuntutan pengundi pada PRN kali ini ialah kepimpinan berintegriti.
01:25Mengenai cadangan sebagai ketua menteri pula, Wedron berkata KDM telah sebulat suara mencadangkan beliau sebagai ketua menteri jika parti itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRN Sabah ke-17.
01:37Jelas beliau lagi pindaan perlembagaan Sabah juga membuka peluang sama rata kepada semua parti kerana ketua menteri tidak semestinya dilantik daripada parti yang memenangi kursi terbanyak.
01:50Badi siapapun akan menjadi ketua menteri, ertinya diantara parti-parti ini mempunyai chance yang sama untuk menjadi ketua menteri antara wakil-wakil parti ini.
02:05Dengan syarat akan ditentukan oleh TYT mana diantara wakil rakyat yang akan mendapat, yang diarasa mendapat sokongan padu daripada 73 wakil rakyat yang ada.
02:18Pada PRN Sabah ke-17, KDM menampilkan seramai 40 calon dengan sekitar 70% adalah muka baharu selain 30% lagi calon muda.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended