Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Johari Abdul Ghani berkata minyak masak terpakai (UCO) yang menjadi stok suapan utama SAF misalnya, mendapat penarafan tinggi di Eropah dan diterima sebagai bahan mentah berkualiti.
Transcript
00:00Tidak timbul isu persepsi negatif dalam kalangan pembeli Eropah mengenai kesesuaian minyak mentah sebagai bahan utama dalam bahan api penerbangan mampan SEF.
00:10Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Johari Abdul Ghani berkata, minyak masak terpakai UCO yang menjadi stok suapan utama SEF misalnya, mendapat penarafan tinggi di Eropah dan diterima sebagai bahan mentah berkualiti.
00:30Dia punya poin untuk guna sebagai feedstock untuk sustainable evasion fuel. Memang dia recognize that part. So we have no issue on that.
00:38Nombor dua, kita pun ada Malaysian Sustainable Pump Oil. Dia pun recognize sebagai Malaysia put and effort to make sure that every metric ton of kelapa sawit yang kita keluarkan, kita melalui proses sustainable through certification yang kita buat MSPO.
00:57Menurut Johari, sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, Malaysia jelasnya berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi salah satu pengeluar SAF utama dunia.
01:08Katanya pengeluaran minyak sawit mentah CPO negara tahun lalu sahaja mencatatkan 19.3 juta metric ton di mana negara hanya menggunakan kira-kira 4 juta ton dengan selebihnya di ekspor.
01:21Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan kerja ke kilang pengeluaran bahan api boleh diperbarui Eco Carous Renewable Fuels Sendiran Berhad di Tanjung Langsat Pasir Gudang Johor.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended