Kadar inflasi Malaysia reda kepada 1.3 peratus YoY pada Oktober 2025 berbanding 1.5 peratus bulan sebelumnya, namun CPI teras naik sedikit kepada 2.2 peratus mencerminkan permintaan berterusan selepas menolak komponen makanan segar.
00:00Negawal ini dimulakan dengan laporan mengenai kadar inflasi yang menunjukkan pemulihan sederhana apabila indeks harga pengguna CPI pada Oktober 2025 reda kepada 1.3% tahun ke tahun berbanding 1.5% bulan sebelumnya.
00:16CGS International, CGSI bagaimanapun berkata CPI teras naik sedikit kepada 2.2% tahun ke tahun yang mencerminkan permintaan secara berterusan selepas menolak komponen makanan segar dan perangan kawalan kerajaan.
00:29Firma penyelidikan itu berkata inflasi makanan turun kepada 1.5% tahun ke tahun berbanding 2.1% pada September 2025 dengan makanan di luar rumah adalah paling rendah sejak Oktober 2024 pada 2.9%.
00:49Kos pengangkutan pula menurun dengan harga purata petrol RON97 dan diesel lebih rendah sejajar dengan harga minyak mentah global turun kepada $64.265 setong pada Oktober 2025.
01:05Pelaksanaan subsidi Budi95 secara sasaran juga jelas CGSI amat membantu manakala kos utiliti yang rendah disebabkan rebat aktif tenaga nasional untuk pengguna domestik mengekalkan bil elektrik.
01:19Firma itu menjangkakan faktor-faktor tertentu akan terus mengekalkan kadar inflasi yang lebih rendah dan mempengaruhi CPI pada November 2025 antaranya harga minyak dijangka rendah hingga 2026.
01:33Kos utiliti dijangka terkawal berikutan harga caj bulanan elektrik dijangka terus rendah menyokong CPI keseluruhan di samping kos makanan yang masih dianggap murah di pasaran tempatan.
01:45Dengan faktor berkenaan dan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS, ia menurunkan unjuran CPI 2025 daripada 1.6 kepada 1.4% dan 1% pada 2026 berbanding unjuran awal 2.0%.
02:03Pada masa sama firma tersebut menilai trend ini sebagai positif untuk kuasa beli pengguna sambil mengekalkan prospek inflasi yang rendah untuk baki 2025 dan sepanjang 2026.
Be the first to comment