Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memberitahu bahawa walaupun pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) tidak diteruskan, namun barangan mewah dan pilihan kini dikenakan cukai jualan pada kadar 5 atau 10 peratus. Ianya selaras dengan matlamat asal HVGT iaitu memastikan golongan berkemampuan juga menyumbang kepada hasil negara.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Kerajaan sentiasa komited untuk menggalas tanggungjawab memperkukuh kedudukan fiskal negara, namun pada masa yang sama masih tetap memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
00:12Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan hasil yang dirancang secara prinsipnya akan dilaksana secara berhati-hati.
00:21Melibatkan, libat urus dengan pihak berkepentingan dengan mengambil kira keperluan fiskal negara, namun pada masa yang sama tidak membebankan rakyat dan generasi akan datang.
00:33Sehubungan itu, walaupun pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi atau High Value Goods Tax dengan izin HVGT tidak diteruskan,
00:43prinsip asas cukai tersebut telah disemak semula dan diselaraskan dengan penambahbaikan dasar percukaian sedia ada melalui semakan semula kadar cukai jualan dan perluasan skop cukai perimatan SST yang telah berkuatkuasa mulai 1 Julai 2025.
01:01Melalui pendekatan ini, barangan mewah dan barangan pilihan kini dikenalkan cukai jualan pada kadar 5% atau 10% selaras dengan matlamat asal HVGT untuk memastikan golongan berkemampuan menyumbang secara saksama kepada hasil negara.
01:21Barangan tersebut termasuklah barangan yang dahulunya dikategorikan sebagai HVGT seperti pakaian termasuk pakaian premium, jam tangan serta barangan pilihan lain yang lazimnya dikaitkan dengan segmen golongan berpendapatan tinggi.
01:38Kada kenaan cukai jualan tersebut adalah dianggap memadai buat masa kini untuk dikenakan kepada golongan berkemampuan yang membeli atau menggunakan barangan bukan asas tersebut.
01:50Pendekatan barangan yang bukan merupakan barangan asas adalah bagi memastikan proses penentuan barangan bercukai yang telus, konsisten serta tidak tertumpu kepada penentuan asas, penentuan atau definasi ke atas barangan yang dikategorikan sebagai mewah.
02:09Pendekatan ini juga lebih menyeluruh kerana mengambil kira kesan kepada industri dan pengguna serta memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan secara lebih lancar dan berkesan di bawah sistem percukaian sedia ada.
02:23Kerajaan akan terus menilai keberkesanan langkah ini dari semasa ke semasa bagi memastikan struktur pencukaian kekal progresif, mampan dan seiring dengan keperluan fiskal negara.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended