Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies Jim Teh menjanermintaan minyak sawit semakin perlahan apabila China beralih kepada pembelian lebih banyak minyak kacang soya dari Amerika Syarikat (AS), diburukkan lagi oleh permintaan akhir tahun yang lemah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah MSM di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu ini.
00:08Menurut peniaga minyak sawit David Ng, ia berikutan jangkaan bahawa pengeluaran minyak sawit akan meningkat.
00:15Ujannya prestasi pasaran juga akan dipengaruhi oleh permintaan bermusim yang lebih lemah untuk minyak sawit.
00:21Sehubungan itu, beliau menjangkakan harga akan diniagakan antara RM4,000 dan RM4,150 satu tan metrik minggu ini.
00:30Sementara itu, peniaga minyak sawit Kanan Interbank Group of Companies, Jim Teh, menjangkakan MSM akan diniagakan antara RM3,900 dan RM4,000 setan dalam persekitaran kedudukan saham yang tinggi pada Oktober 2025.
00:44Menurutnya, ini adalah harga yang baik untuk penanam kelapa sawit memandangkan mata wang lebih kukuh dengan ringgit semakin meningkat.
00:50Beliau berkata permintaan minyak sawit semakin perlahan apabila China beralih kepada pembelian lebih banyak minyak kacang soya dari AS,
00:57diburukkan lagi oleh permintaan akhir tahun yang lemah.
01:01Selain itu, permintaan fizikal akan datang dari India, Pakistan, Kesatuan Eropah, Timur Tengah dan AS.
01:07Pada asas mingguan, kontrak Desember 2025 turun RM50 kepada RM4,050 satu tan, Januari 2026 merosot RM65 kepada RM4,063 setan dan Februari 2026 berkurangan RM76 kepada RM4,069 satu tan.
01:26Jumlah dagangan mingguan menokok kepada 481,674 lot daripada 402,878 lot pada minggu sebelumnya,
01:36manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 287,400 kontrak daripada 269,476 kontrak.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended