Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,431 orang di lapan negeri termasuk Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.
00:00Jumlah mangsa banjir yang terjejas terus meningkat kepada 11,237 orang di 8 negeri setakat 11 pagi Isnin.
00:17Menurut angka yang dilaporkan oleh Info Bencana JKM, Kelantan mencatatkan jumlah mangsa yang tertinggi dengan 8,640 mangsa yang ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara PPS.
00:28Daerah terjejas banjir di Kelantan meliputi Tumpat, Bacuk, Kota Baru dan Pasir Putih.
00:34Negeri kedua ialah Perak dengan 1,090 mangsa yang kini berteduh di 17 PPS melibatkan daerah Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Batang Padang serta Hili Perak.
00:47Seterusnya Terangganu mencatatkan penurunan mangsa banjir 285 orang yang berada di 2 PPS di Besut.
00:53Sementara itu, daerah Kulim Kedah dan Kubang Pasu merekodkan mangsa banjir seramai 385 yang berlindung di 5 PPS.
01:02Di Perlis, dua daerah terjejas adalah Padang Musa dan Kanga melibatkan 398 mangsa dengan 6 PPS dibuka.
01:10Manakala di Pulau Pinang, mangsa banjir direkodkan seramai 322 yang berlindung di 4 PPS yang dibuka di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.
01:19Di Selangor pula, 73 mangsa melibatkan 21 keluarga di 4 PPS di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Langat.
01:27Sarawak terus mencatatkan mangsa terjejas dengan 44 mangsa di 1 PPS di daerah Miri.
Be the first to comment