Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Perbincangan memberi tumpuan kepada paradoks inflasi rendah 1.3% tetapi rakyat masih tertekan dengan kos sara hidup, sejauh mana Indeks Harga Pengguna (IHP) mencerminkan realiti isi rumah, komposisi bakul IHP/CPI mengikut kumpulan pendapatan, implikasi terhadap hala tuju Kadar Dasar Semalaman (OPR), serta keperluan reformasi gaji, produktiviti dan struktur pasaran.
Transcript
00:00Investasi keseluruhan Malaysia kekal sederhana pada kadar 1.3% bagi Oktober 2025 dan telah berada di bawah paras 2% selama 27 bulan berturut-turut.
00:11Namun pada masa sama, ramai isi rumah masih merasakan kos sehari hidup terus menekan.
00:17Disinilah timbul persoalan sejauh mana angka rasmi indeks harga pengguna IHP.
00:22Benar-benar menggambarkan apa yang rakyat bayar untuk makanan, tempat tinggal dan perkhidmatan harian.
00:26Kita akan melihat semula peranan indeks harga pengguna IHP dan bagaimana ia mengukur harga dan kenapa inflasi rendah belum tentu terasa lega kepada isi rumah.
00:34Bersedia dalam talian bagi mula selebih lanjut adalah Dr. Mohd Abzaniza Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Mohd Malat Malaysia Berhad.
00:41Saya nak cakap terima kasih Dr. kerana sedia melakukan masa bersama kami.
00:43Melihat kepada data daripada dosen ini, kita lihat di bawah 2% selama 27 bulan.
00:48Sudah tentu ini menggambarkan bahawa inflasi berada dalam tahap yang stabil dan Malaysia catat inflasi keseluruhan pada Oktober ini pada 1.3% dan hampir meseca 30 bulan ini bawah 2% tetapi rakyat masih rasa kos sehari hidup menekan.
01:05Dari sudut ekonomi doktor, di mana jurang antara angka inflasi rasmi dengan realiti harga harian yang rakyat hadapi.
01:13Adakah ia soal gaji tidak naik seiring struktur pasaran ataupun kekurangan dalam cara CPI diukur?
01:18Ok, masa ini akan soalan yang diberikan. Saya rasa soalan atau penjawapan kepada soalan yang dilontarkan itu adalah pertamanya kekeliruan sebenarnya dari segi pemahaman berkenaan angka kadar inflasi dengan kos sehari hidup.
01:35Kadar inflasi ini adalah perubahan harga dalam sebutan peratusan dan kalau positif itu yang menandakan inflasi maksudnya terlihatkan harga barang.
01:44Tapi apabila bacaan kadar inflasi itu dilihat semakin merosot, tanggapannya adalah harga barang semakin menurun.
01:52Itu tidak sama sekali sebenarnya kerana kadar inflasi seperti saya sebutkan tadi, dia mengukur peratusan perubahan harga secara positif.
02:00Kalau angka terpunuh itu inflasi lah. Tetapi kos sehari hidup adalah harga barang dan perkhidmatan yang dibayar oleh rakyat Malaysia.
02:09Dan ini sebenarnya ditunjukkan dalam indeks harga pengguna itu sendiri, IHP.
02:13Kalau saya nak bagi satu konteks, kalau kita lihat untuk tempoh 10 bulan yang pertama tahun ini, kadar inflasi telah pun meningkat 1.4%.
02:23Dan dibandingkan pula dengan tahun 2024, 1.8%. Tahun 2003, 2.5%. Tahun 2022, inflasi adalah 3.3%.
02:35Maksudnya kalau kita tengok trend kadar inflasi itu semakin merosot. Tetapi itu bukan bermakna harga barang turun sebenarnya.
02:41Kalau kita lihat, indeks harga pengguna pada 10 bulan yang pertama berada di paras 134.5 mata.
02:51Pada tahun 2024 adalah 132.8 mata. Tahun 2023, 130 mata. Dan 2022, 127 mata.
03:01Maksudnya, tingkat harga barang itu sedang meningkat sebenarnya. Cuma, kadar inflasi yang memperlahan ini ataupun menurun ini sebenarnya dia menggambarkan harga masih lagi naik.
03:11Cuma speed ataupun kelajuan ini semakin memperlahan. Jadi itu yang cuba disampaikan melalui angka tersebut.
03:18Cuma mungkin pemahaman kita selama hari ini lebih pernah fokus kepada kalau kita kata kadar inflasi turun, kos hari itu pun dah turun.
03:25Itu satu misconception yang perlu diperbaikilah. Kerana saya rasa bacaan inflasi ini dah betul dah.
03:31Cuma macam mana kita nak gunakan maklumat tersebut untuk dari segi pembentukan dasar dan segi strategi penyayang dan sebagainya.
03:38Baik, itu adalah antara bagaimana untuk kita memahami bezanya inflasi dengan kos hari hidup itu sendiri dan IHP, CPI ini bergantung kepada pemberat barangan seperti makanan, sewa rumah, utiliti dan sebagainya.
03:51Pada pandangan doktor, sejauh mana bakul IHP ini sekarang benar-benar mencerminkan pola perbelanjaan isi rumah B40, M40 dan T20.
04:00Dan adakah sudah tiba masanya Malaysia menilai semula pemberat ataupun menghasilkan penunjuk kos hari hidup yang lebih khusus mengikut kumpulan pendapatan?
04:09Saya rasa kalau kita lihat angka IHP ini memang setiap, tak salah saya setiap lima tahun akan disemak semula dari segi apa ini, dari segi pemberatnya itu untuk menilai semula ataupun reflect kepada pola perbelanjaan sekarang.
04:26Kalau dahulu, tak salah saya kalau pemberat dalam sektor makanan dan minuman ini melebihi 30% dan sekarang ini telah pun merosot kepada 29%.
04:35Itu menunjukkan bahawa pola perbelanjaan rakyat Malaysia sudah pun berubah dan ini akan sentiasa disemak semula lah.
04:41Cuma saya rasa, satu kita nak ukur harga barang, macam mana harga barang itu bergerak dan satu lagi aspek yang kita perlu perhatikan bahawa macam mana harga barang itu ditentukan.
04:52Kalau saya nak bagi contoh, kita dah tengok ringgit telah pun mengukur dan banyak bantuan-bantuan kerajaan kepada para peniaga dari segi subsidi, dari segi kawalan harga dan sebagainya.
05:04Semua ini sebenarnya membantu dalam segi perniagaan. Tetapi soalnya, adakah manfaat ini akan diterjemahkan dengan penurunan harga?
05:13Itu soalan utama dan sudah pasti apa yang dapat kita perhatikan, manfaat ini tidak diterjemahkan melalui penurunan harga kerana bagi peniaga pula,
05:23mereka tiada insentif pun untuk menurunkan harga kerana mereka satu, mereka mahukan keuntungan.
05:28Kedua, pada harga semasa pun, rakyat masih membeli. Jadi, apakah insentif mereka untuk turun?
05:34Jadi, di situ peranan bagaimana kita nak merancatkan sesuatu industri itu supaya banyak lagi competition,
05:40lagi-banyak lagi persaingan supaya harga barang itu dapat diturunkan secara lebih adil lagi, secara lebih telus lagi.
05:46Itu yang cuba kita capai.
05:48Dan ini dapat dicapai melalui, pertamanya dari segi usaha kerajaan lah untuk merancatkan sektor perniagaan itu supaya lebih banyak lagi players.
05:55Dan itu akan menambahkan persaingan dan harga barang akan lebih kompetitif.
06:00Jadi, kalau kita letakkan sudut pandang sebegitu rupa, maka persoalan IHP ini banyak, dia punya orang kata itu kelompangan dan sebagainya,
06:10tidaklah orang kata itu menjadi isu utama sebenarnya.
06:12Dan kalau kita nak lebih detail lagi spesifik mengenai inflasi ini, walaupun inflasi ataupun keseluruhan harga,
06:20kos makanan dan perkhidmatan keseluruhan sederhana, kategori seperti penjagaan, kita lihat peribadi,
06:28perlindungan sosial, insurans, perkhidmatan kawangan dan juga restoran, juga mencatatkan kenaikan lebih tinggi berbanding purata.
06:34Jadi, bagaimana inflasi tertumpu pada item tertentu ini mengubah cara kita menilai kesejahteraan rakyat
06:40dan patutkan dasar kerajaan ini lebih tertumpu kepada sektor yang mengalami kenaikan harga paling ketara
06:44berbanding hanya melihat angka agregat?
06:47Betul. Saya suka bila Nina sebut tentang penjagaan pribadi tadi dia.
06:52Kalau terlihat pecahan dalam penjagaan pribadi itu sebenarnya disumbangkan oleh barang kemas dan jam.
06:58Memang betul. Personal care ini, inflasi dia bagi tempoh bulan Oktober ini meningkat 6% berbanding 4.8%.
07:06Jadi, kalau kita lihat barang kemas seperti emas terutamanya, memang sekarang kita dah tahu dah
07:13memang harga emas tengah naik.
07:14melebihi 500 gram.
07:17Salah-salahnya sekarang sekitar RM580 segram.
07:20Jadi, setiap pasti perbelanjaan terhadap item tersebut memang menunjukkan peningkatan lah.
07:26Tetapi, apa yang diwakilkan dalam IHP dari segi pemberatnya itu adalah sekitar 5.8%.
07:38Jadi, dia masih lagi secara relatifnya kecil kalau kita bandingkan barang-barang utama lah.
07:45Seperti kalau kata minuman dan makanan dan minuman 20.8%.
07:50Jadi, pemberatnya itu housing ataupun perumahan dan pelbagai lagi utilisan itu 23%.
07:57Dalam itu ada sewa rumah.
07:58Dan kemudian kalau transport ataupun pengangkutan 11.3%.
08:01Dalam itu ada Ron 95, ada Ron 97 dan sebagainya.
08:03Jadi, personal care ini sebenarnya mewakili peratus yang secara relatif kecil lah.
08:08Tapi, nak cakap isu pasal inflasi ini, dia ada juga berkaitan dengan harga-harga pasaran juga lah.
08:13Dalam kes ini, kalau kita bercakap tentang harga barang kemas, emas utamanya memang sedang pasalnya.
08:20Tapi, tidak semualah yang akan beli emas lah.
08:22Kerana itu jelas ditunjukkan dalam pemberat dalam IHP tersebut.
08:26Dan, Doktor, kita sudah berbincangkan bagaimanakah untuk mengahami inflasi antara kos hari hidup.
08:30Tapi, kali ini saya nak bawakan juga dasar moneteri antara dengan kos hari hidup.
08:34Teramanya beban kos hari hidup ini.
08:36Inflasi kekal rendah dan dalam jangkaan bandegara Malaysia,
08:39apa antara implikasinya terhadap hala tujuh kadar dasar semalaman OPR?
08:44Adakah ruang untuk dasar yang lebih longgar bagi menyokong pertubuhan dan pendapatan rakyat
08:48seperti Doktor kata untuk mengangkat lagi penergaan-penergaan ini?
08:51Atau adakah risiko lain seperti hutang isi rumah, gelembung aset yang perlu diberi keutamaan sebenarnya?
08:56Baik. Kebiasaannya, dasar moneteri ini ada dua paksi utama.
09:01Pertama, pertumbuhan ekonomi. Kedua, kadar inflasi.
09:05Dan, kalau kita lihat tadi saya sebut tentang trend inflasi buat masa kini adalah 1.4% untuk tempoh 10 bulan pertama.
09:13Kemudian pada tahun lalu, 1.8%.
09:15Tahun sebelumnya 2.5% maksudnya, kadar inflasi adalah pasar yang menurun.
09:20Justru dari segi sudut pandang bank negara, aspek inflasi ini boleh dikatakan sebagai dalam keadaan yang selesa lah.
09:28Dan kini kita berhadapan dengan situasi ketidakpastiat ekonomi, pertumbuhan ekonomi global dan sebagainya.
09:34Fokusnya sekarang beralih arah kepada memelihara pertumbuhan ekonomi.
09:38Dan di sini, fokusnya itu akan diberi perhatian dan apakah prospek pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang, itu juga akan diberi perhatian.
09:48Dan kalau kecilan, unjuran pula, KDNK tahun dapat sekitar 4.5% berbanding tahun ini, 4.5% sehingga 4.5%.
09:57Jadi, maksudnya, jajarannya itu semakin merosot.
09:59Jadi, ini menunjukkan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih lemah dan menunjukkan prospek ataupun kemungkinan kadar inflasi, kadar OPA itu diturunkan memang ada.
10:08Dan, seperti yang saya sebutkan tadi, kadar inflasi yang rendah ini sebenarnya membolehkan ataupun membuka ruang bagi pihak negara untuk memikirkan strategi pada masa.
10:20Karena antara optionnya adalah untuk mengurangkan kadar OPA lah.
10:23Tapi itu bergantung kepada prospek pertumbuhan ekonomi.
10:25Dan negara pun tidak sewenang-wenangnya untuk terus menggunakan OPA sebagai alat utama.
10:30kerana buat masa ini, perhatian kami pertumbuhan ekonomi itu berada dalam keadaan stabil.
10:36Jadi, pengurangan OPA pada bulan Julai yang lalu dilihat mencukupi lah untuk membantu dan menyokong momentum pertumbuhan ekonomi buat masa ini.
10:45Baik, Doktor. Sebelum kita mengakhiri perbincangan ini, banyak telah dikongsikan oleh Doktor untuk kita membantu bagaimanakah memahami inflasi antara kos sara hidup.
10:54Kalau kita tahu, inflasi ini adalah ukuran keseluruhan barangan kos makanan dan juga perkhidmatan itu sendiri.
10:59dan kita lihat kos sara hidup itu adalah jumlah perbelanjaan yang perlu ditangguh, yang diperlukan untuk setiap isi rumah untuk mengekalkan tarif hidup yang tertentu ini.
11:06Dan daripada bukan itu saja, Doktor juga melihat kepada dasar moneteri dan juga antara dasar-dasar polisi yang diperlukan untuk memastikan iaitu pengurusan inflasi berada dalam keadaan yang stabil dalam tempoh jangka panjang.
11:17Tapi pada akhir sekali, Doktor. Kita sudah pun mendapatkan inflasi pada Oktober.
11:21Tetapi apa antara jangkaan Doktor untuk melihat kepada hujung bulan, hujung tahun ini banyak perbelanjaan yang akan dikeluarkan.
11:28Apa antara unjuran Doktor untuk inflasi keseluruhan 2025 dan juga untuk bulan-bulan yang akan datang ini?
11:34Saya rasa kalau kita lihat kadar inflasi di peringkat hitline, mungkin dalam sekitar 1.4 ke 1.5% dalam keadaan yang begitu rendah.
11:44Cuma sekarang ini kalau kita lihat kadar inflasi di peringkat teras ataupun core inflasi, core inflation lah, dia lihat sedikit meningkat dan ini banyak disumbang oleh beberapa faktor lah.
11:54Seperti apa ni, kenaikan sewa rumah, kenaikan barang yang tersebut ke dalam personal care tu berkenaan dengan agama dan sebagainya lah.
12:03inflasi teras ni jangka akan mungkin beredar dalam sekitar 2% untuk tempoh keseluruhan tahun bagi tahun 2025 ini lah.
12:14Baik, saya nak cakapkan. Terima kasih kepada Doktor Mohd Al-Zaniza Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Mohd Malaysia Berhad kerana bantu kami faham mengenai keseluruhan kadar inflasi pada ketika ini
12:23dan apakah antara strategi bergerak ke hadapan untuk kita memasihkan kadar inflasi berada dalam kadar terkawal.
12:29dan sudah tu setiap perbincangan ini akan kami rangkumkan dalam astroawani.com dan di semua platform digital Astro Awani.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended