Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Tiong King Sing berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH) Merotai malam tadi jelas melanggar arahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya tidak terbabit dalam PRN Sabah.
00:00Tindakan Presiden Parti Demokratik Progresif Tiong King Singh berkempen untuk calon Pakatan Harapan Merotai malam tadi jelas melanggar arahan gabungan Parti Sarawak supaya tidak terbabit dalam PRN Sabah.
00:14Rabu lalu timbalan Presiden PDP Henry Harry Jinip dilaporkan berkata GPS tidak terbabit dalam PRN Sabah dan mana-mana ahli yang didapati berkempen di sana akan menghadapi tindakan disiplin.
00:28Beliau berkata demikian sebagai respon kepada video menunjukkan seorang ahli PDP di Marudi didapu membantu kempen di Sabah sambil menjelaskan bahawa tindakan itu dilakukan atas kapasiti peribadi dan PDP tidak mempunyai sebarang urusan di Sabah.
00:44Bagaimanapun Tiong menerusi catatan di Facebook secara terbuka menyuarakan sokongan kepada Ruji Ubi dengan berkata beliau di kedudukan baik membantu menjadikan Merotai destinasi pelancongan menarik.
00:58Menteri Pelancongan Seni dan Budaya itu berkata Ruji mempunyai pengalaman pentadbiran yang luas serta pemahaman mendalam tentang proses kerajaan sekaligus menjadikannya wakil yang berkesan untuk komuniti.
Be the first to comment