Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Banjir yang melanda kawasan tengah dan Wilayah Tanah Tinggi Tengah Vietnam menyebabkan kerugian ekonomi mencecah lebih VND8.98 trilion (lebih USD340 juta), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Transcript
00:00Banjir yang melanda Vietnam telah menyebabkan kerugian ekonomi mencecah lebih 340 juta dolar Amerika berdasarkan anggaran awal.
00:08Menurut laporan terbaru, Jabatan Pengurusan Bencana dan Pengurusan Daik Vietnam setakat Sabtu,
00:14bencana itu telah meragut 55 nyawa dan menyebabkan 13 orang lagi hilang dan ini meningkat 13 orang berbanding hari sebelumnya.
00:23Kemusnahan ekonomi akibat banjir besar itu amat ketara dan terus meningkat
00:27apabila jumlah kerugian kini melonjak 3 kali ganda daripada 114 juta dolar Amerika pada Jumaat kepada lebih 340 juta dolar pada Sabtu.
00:38Kerugian sektor pertanian adalah teruk dengan 79,908 hektar tanaman padi dan tanaman lain terjejas manakala 100,014 hektar tanaman tahunan dan tanaman saka rosak.
00:51Dianggarkan 3.24 juta ternakan dan ayam, itik mati atau hanyut selain 1,157 hektar kawasan aquaculture turut terjejas.
01:03Sebanyak 16 lokasi di sepanjang lebuh raya kebangsaan dan 180 lokasi di jalan raya wilayah
01:09serta jalan antara komuniti terus dinaiki air atau terhalang oleh tanah runtuh.
01:14Perkhidmatan kereta api turut terganggu dengan 8 tren penumpang dihentikan pada Jumaat dan 6 lagi dibatalkan pada Sabtu.
01:23Bekalan elektrik masih terputus menjejaskan 377,002 pengguna di seluruh kawasan terjejas.
01:31Pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan dan banjir dijangka terus rumit dan boleh bertambah buruk.
01:36Kerajaan tempatan sedang meneruskan penilaian kerosakan dan menyelaraskan usaha pemulihan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended