00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak spekulasi Khairi Jamaluddin akan kembali menganggutai Jemaah Menteri pimpinannya.
00:08Kenyataannya menyusul laporan sebuah portal berita yang mendakwa rombakan Jemaah Menteri mungkin berlaku awal bulan depan
00:14dengan Khairi diramalkan dilantik Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
00:19Menurut laporan itu, rombakan berkenaan akan memfokuskan pengukuhan pasukan ekonomi kerajaan,
00:25mengurangkan saiz Jemaah Menteri dan memastikan kesinambungan dasar.
00:30Ia turut mendakwa Menteri Peladangan dan Komoditi Johari Ghani, dijangka ditukarkan ke portfolio pelaburan, perdagangan dan industri.
00:39Rombakan terbaru diperlukan bagi mengisi dua kekosongan ditinggalkan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Ni Ahmad
00:46yang meletak jawatan selepas kalah pemilihan PKR Mei lalu.
00:51Portfolio hal awal ekonomi kini dipangku Menteri Kewangan 2 Amir Hamzah Azizan,
00:56manakala Johari memangku portfolio Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Comments