00:00President Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa bekas timbalannya Hamzah Zainuddin
00:05mengadakan pertemuan secara senyap dengan Presiden UMNO Zahid Hamidi
00:10untuk membentuk satu gabungan tanpa pengetahuan dan kebenaran parti.
00:16Muhyiddin turut mendakwa Hamzah menjadi dalang di sebalik gerakan dalaman
00:21untuk merosakkan dan memecah belahkan parti Bersatu
00:24yang menjadi alasan utama mengapa Ketua Pembangkang itu dipecat pada 13 Februari lalu.
00:32Menurutnya terdapat juga banyak kesalahan lain yang dilakukan sehingga lembaga disiplin parti
00:38terpaksa mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan masalah itu daripada terus berlaku.
00:45Beliau berkata isu pemecatan Hamzah dan beberapa pemimpin lain
00:50bukan kerana mempersoalkan kepimpinannya
00:53tetapi melibatkan perkara yang lebih besar.
00:58Katanya ia menyentuh perkara berkaitan perlembagaan parti
01:03menimbulkan keadaan ketidaktentraman dalam parti
01:07soal merenggangkan hubungan antara pimpinan di peringkat tertinggi
01:12hingga ke akar umbi serta gerakan-gerakan yang agak terancam.
01:19Zaharul Alam, Yaya Syahir, FMT
Comments