Bapa pelajar UPSI terkorban nahas bas sebak terima ijazah anumerta
Suasana hiba menyelubungi Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-27 pada Selasa, apabila ijazah secara anumerta diserahkan kepada keluarga Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, dan Fatin Nasrien Fadli, 22, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.
Kedua-dua Allahyarham merupakan antara 15 pelajar UPSI yang terkorban dalam nahas bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik pada 9 Jun lalu.
Be the first to comment