00:00Bertemu kembali dalam laporan antarabangsa, enam individu termasuk lima pelajar dan seorang pengawal keselamatan cedera dalam satu kejadian tikaman di
00:09Foss High School, Washington pada Khamis.
00:12Polis tako masahkan insiden yang berlaku kira-kira 1.35 tengah hari waktu tempatan itu berpunca daripada pergaduhan di dalam
00:20kawasan sekolah.
00:24Suspek yang juga merupakan seorang pelajar ditahan dan kini berdepan lima pertuduhan.
00:29Pihak bomba memaklumkan empat pelajar berada dalam keadaan kritikal, manakala pengawal keselamatan dan suspek cedera ringan.
00:37Bagaimanapun, kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital.
00:43Ekoran kejadian sesi persekolahan serta aktiviti kore kurikulum di sekolah itu dibatalkan pada Jumaat bagi memberi ruang siasatan polis.
00:50Sekolah berkenaan di jadual dibuka semula pada Isnin dengan kehadiran kaunselor bagi menyediakan sokongan emosi kepada pelajar dan kaki tangan
00:58yang terkesan.
00:59Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar pergaduhan serta jenis senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan.
01:08Insiden itu turut mengimbau kembali terjadi pada 2007 apabila seorang pelajar di sekolah yang sama maut sepas ditembak di dalam
01:15bangunan sekolah berkenaan.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments