Skip to playerSkip to main content
Kapten tentera didakwa membunuh, pandu secara mabuk

Seorang pegawai tentera berpangkat kapten, didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan pada Khamis, atas satu pertuduhan membunuh pempengaruh, 'Advance Gaming' yang juga warga Bangladesh di Lebuh Raya Maju (MEX) dan dua lagi kes memandu secara mabuk minggu lalu, lapor wartawan Sinar harian, Noor Azlida Alimin.

Bagi pertuduhan membunuh, Jad Faid Arhan, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777870/berita/semasa/kapten-tentera-didakwa-membunuh-pandu-secara-mabuk

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kapten #Tentera #Mabuk
Transcript
00:02Seorang pegawai tentera berpangkat kapten didakwa di dua mahkamah magistrat berasingan pada Khamis atas satu pertuduhan membunuh pempengaruh Advance Gaming
00:11yang juga warga Bangladesh di Lebuh Raya Maju Max dan dua lagi kes memandu secara mabuk minggu lalu.
00:18Bagi pertuduhan membunuh, Jad Faed Arhan, 31 tahun, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan magistrat Ili Mariska Khalizan.
00:28Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:35Mengikut pertuduhan, dia yang memakai baju ti berkola warna merah dan berseluar jeans didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian kepada seorang
00:43pencipta kandungan permainan video popular, Muzahid Milad, 22 tahun.
00:49Kesalahan didakwa dilakukan di kilometer 1.9 Lebuh Raya Maju dari arah Salat Selatan ke Jalan Tun Razak pada jam
00:575.30 pagi pada 23 April lalu.
01:00Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun jika tidak
01:10dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.
01:16Bagi dua lagi pertuduhan memandu secara mabuk, lelaki itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan magistrat Tengku Sazwani
01:24Yasmin Tuan Roslan.
01:26Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa sebagai pemandu kereta jenis Ford Fiesta telah memandu di atas jalan raya di bawah
01:34pengaruh minuman yang memabukkan sehingga menyebabkan dirinya tidak berdaya mengawal kenderaan berkenaan.
01:40Perbuatan berkenaan menyebabkan kecederaan kepada penumpang yang juga isteri Muzahid iaitu Nafisah Tabassum Adiba, 21 tahun dan pemandu e-hailing
01:50Jailani Sapih, 41 tahun di lokasi, masa dan tarikh serupa.
01:55Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara 7 hingga 10 tahun
02:06dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.
02:12Pendakwaan dikendalikan pengarah pendakwaan Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Nordin Ismail, sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Nazrin Jaafar Abdullah.
02:20Kedua-dua mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana kesalahan bunuh termasuk kes yang tidak boleh dijamin.
02:28Kedua-dua mahkamah menetapkan 21 Julai depan untuk sebutan semula kes.
02:33Terima kasih telah menonton!
02:39Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended