00:00Seterusnya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis berkata,
00:04Iran menyuarakan keinginan untuk mengetahui sama ada sekatan Amerika terhadap negara itu boleh ditamatkan.
00:11Trump menjelaskan Iran berdepan sekatan yang sangat berat dan beliau menyatakan keterbukaan untuk mendengar permintaan tersebut dan sedia mempertimbangkannya.
00:21Dalam pada itu, setakat ini, misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB di New York belum memberikan sebarang maklum balas.
00:27Kenyataan Trump dibuat beberapa hari selepas pemimpin tertinggi Iran, Bayatullah Ali Khamenei menegaskan bahawa kerjasama antara Amerika dan Iran tidak mungkin berlaku
00:37selagi Washington terus menyokong Israel, mengekalkan pangkalan tentera dan campur tangan dalam hal ehwal Timur Tengah.
00:46Sejak memulakan penggal kedua sebagai Presiden pada Januari lepas, Trump telah menghidupkan semula kampen tekanan maksimum terhadap Iran,
00:53termasuk usaha untuk menghalang Tehran daripada membangunkan senjata nuklear.
00:59Pada Jun, mereka melancarkan serangan ke atas beberapa tapak nuklear Iran.
01:03Pertubuhan Bangsa Bersatu
Comments