00:00Bagi mengelak charge melampau dikenakan oleh para pemberi pinjam wang berlesen,
00:05mekanisme kawalan telahpun ditetapkan di bawah subsection 17A-1 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
00:12ataupun Akta 400 yang menyatakan dengan jelas bahawa faedah bagi pinjaman adalah seperti mana berikut.
00:19Pertama, pinjaman bercagar hendaklah tidak melebihi 12% setahun atau 1.0% sebulan.
00:26Kedua, pinjaman tanpa cagaran hendaklah tidak melebihi 18% setahun atau 1.5% sebulan.
00:35Justru, syarikat pemberi pinjam wang berlesen yang mengenakan kadar faedah melebihi had yang dibenarkan
00:40atau mengenakan faedah melebihi jumlah pokok pinjaman bolehlah dikenakan tindakan di bawah subsection 17A Akta 400
00:49iaitu denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali.
00:56Tambahan itu, Seksyen 23 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 atau Akta 400
01:03ini Tuan Yang Di-Pertua, turut menetapkan larangan cag bagi perbelanjaan ke atas pinjaman
01:08oleh pemegang lesen pemberi pinjam kepada peminjam kecuali kos, duty stamp dan fee pengaku saksian
01:16yang dinyatakan di format perjanjian yang ditetapkan di bawah akta ini.
01:19Selain daripada itu, pemberi pinjam wang berlesen juga adalah dilarang untuk menggunakan kaedah tuntutan semula bayaran yang menindas
01:27dan mempunyai elemen kekerasan selaras dengan Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, Akta 400
01:36di mana kesalahan di bawah Seksyen ini, pemberi pinjam wang berlesen boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM50,000
01:43dan tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
01:52Dan dalam kes kesalahan yang berulang, kesalahan kedua atau berturutan,
01:56tidaklah dikenakan dengan sebatan sebagai hukuman tambahan.
01:59Adakah kerajaan bercadang untuk membangunkan satu portal bersepadu antara KPKT,
02:06pemberi pinjaman wang berlesen dan peminjam yang dilengkapi dengan sistem pemantauan serta pembayaran digital
02:14bagi membolehkan kadar faedah dan caj lewat dikira secara otomatik supaya
02:19pemberi pinjaman tidak boleh menggunakan caj sesuka hati sekaligus meningkatkan ketelusan serta perlindungan pengguna.
02:27Yang berhormat, Menteri, tolong jawab.
02:30Yang dipertua, Alian Muhammad, memanglah Kementerian ini sentiasa bertekad untuk kita menambah baik
02:36pengawal seliaan dan penyampaian perkhidmatan khususnya melalui Akta 400 yang berada di bawah seliaan kita
02:43termasuklah melalui inisiatif pendigitilan perkhidmatan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat.
02:48Ketika ini, Alian Muhammad, Kementerian sedang dalam peringkat memuktamatkan cadangan projek Rintis
02:54bagi kita membangunkan satu platform atau sistem repository data peminjam
02:59dan pemberi pinjaman wang yang boleh merekodkan transaksi pinjaman secara masa nyata ataupun real time.
03:06Dan Tuan Niri Pertua, sistem ini akan dilengkapi dengan sistem pemantauan dan pembayaran digital
03:13yang bakal memperkasakan pengawal seliaan kepada pemberi pinjam wang.
03:17Dan pada masa yang sama, supaya tiada caj tambahan dikenakan kepada orang awam
03:23yang berhasrat untuk membuat pinjaman bersama dengan syarikat-syarikat pemberi pinjaman.
03:28Untuk buat masa ini, Tuan Niri Pertua, perkara ini sedang dirangka
03:33dan insyaAllah pada masa yang sama daripada aspek pelindungan kepada peminjam
03:38sistem ini juga nantinya akan dilengkapi dengan skim perlindungan insuran pinjaman
03:43yang akan memberi perlindungan kepada peminjam-peminjam yang layak.
03:47Tuan Niri Pertua, terima kasih.
Comments