00:00Tuan and Pertua, melalui peruntukan di bawah Seksyen 11, Kurungan 1, Kurungan CA, Akta Pemajuan Perumahan, Kawalan dan Pelisenan 1966, Akta 118,
00:09Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bolehlah mengesahkan bahawa sesuatu projek itu adalah projek terbengkalai
00:15apabila sesuatu projek tidak ataupun gagal disiapkan dalam ataupun tempoh luar perjanjian jual-beli
00:21dan tiada sebarang aktiviti yang ketara ditapak pembenaan selama enam bulan secara berterusan.
00:26Apabila sesuatu projek telah pun disahkan sebagai terbengkalai Tuan and Pertua,
00:31Kementerian akan mengambil tindakan proaktif dengan menyenaraikan hitam,
00:35menyenaraikan hitamkan pemaju perumahan dan ahli lembaga pengarah syarikat yang terlibat dengan projek tersebut.
00:40Setelah disenaraikan hitamkan, pihak tersebut juga akan disekat daripada memohon lesen pemajuan baru
00:46dan akaun pemajuan perumahan HDA sedia ada akan dibekukan.
00:51Di samping itu, kita juga melaksanakan review terhadap Akta 118 Tuan and Pertua
00:57untuk memperkukuhkan lagi tindakan yang lebih baik dan boleh diambil
01:02untuk kita menguatkuasakan sekatan perjalanan ke luar negara bagi pemaju
01:06ataupun ahli lembaga pengarah syarikat yang disenarai hitamkan.
01:09Tuan and Pertua, untuk makluman, sehingga 30 September 2025, terdapat sebanyak 107 projek
01:16yang meliputi 29,587 unit rumah dan juga dengan 15,553 pembeli projek perumahan swasta
01:26yang telahpun disahkan sebagai terbengkalai mengikut Akta 118.
01:30Tetapi pada masa yang sama, Tuan and Pertua, saya juga ingin menekankan bahawa sepanjang Disember 2022
01:34sehinggalah sekarang September, sehinggalah September 2025, kerajaan kita telahpun menyelesaikan
01:41memulihkan lebih kurang 26 projek terbengkalai.
01:44Untuk meringankan bebanan pembeli yang terkesan seperti mana yang ditanyakan oleh Alim Mohamad tadi
01:49ada beberapa inisiatif yang telahpun kita laksanakan.
01:52Pertamanya, mengadakan fasilitasi melalui mesyuarat penyelarasan di antara pihak pemaju,
01:57pemaju penyelamat, pelikudasi, serta bank pembiaya bagi mencari jalan penyelesaian kepada pembeli
02:03di mana sekiranya berjaya para pembeli akan diberikan pemulangan jumlah wang yang telahpun dibayar oleh mereka.
02:09Keduanya, kita mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai yang menyarankan beberapa perkara.
02:14Pertamanya, agar pihak bank pembiaya memberikan pengurangan
02:18ataupun pengecualian kadar faedah dan juga penstrukturan semula pinjaman perumahan
02:24ataupun membatalkan pinjaman perumahan dan penyelesaian penuh dengan pengecualian dengan kadar faedah.
02:30Kedua, pemohon juga dibantu untuk pengeluaran simpanan kali kedua
02:36daripada Kumpulan Ruang Simpanan Pekerja KWSP
02:38dan ketiganya adalah untuk membatalkan pinjaman sedia ada
02:42dan diberikan peluang untuk memohon pinjaman baru yang penuh
02:45seperti mana pinjaman kali pertama
02:47ataupun pengecualian pengenaan faedah pinjaman 4%
02:51di sepanjang tempoh projek dipulihkan
02:53atau selama 5 tahun tertakluk kepada lembaga pembiayaan perumahan sektor awam.
02:58Terima kasih Tuan Input Tua.
02:59Sila, Kepala Kedah.
03:01Terima kasih Tuan Input Tua.
03:03Terima kasih kepada Timbalan Menteri.
03:06Soalan tambahan saya, apakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim jaminan
03:13atau tabung khas bagi melindungi pembeli rumah
03:16daripada kerugian apabila projek perumahan terbengkalai
03:20serta mekanisme kawalan terhadap pengguna akaun pemajuan
03:26bagi mengelakkan penyalahgunaan dana pembeli
03:30serta apakah langkah-langkah kementerian dalam memperketatkan proses
03:34kelulusan lesen pemaju termasuk keperluan penilaian
03:38kewangan dan rekod prestasi terdahulu
03:41bagi memastikan hanya pemaju yang benar-benar berkeupayaan
03:45dibenarkan melaksanakan projek perumahan baru.
03:48Sekian, terima kasih.
03:49Sila, Tuan Input Tua.
03:51Pertua, seperti mana yang saya sebutkan tadi
03:53bahawa kementerian kita dalam peringkat review balik akta 118
03:58untuk kita melihat bagaimana mekanisme yang terbaik untuk membantu
04:02satunya pembeli yang membeli rumah projek-projek yang telahpun disahkan
04:06sebagai terbengkalai
04:07dan juga untuk kita mengambil, menguatkuasakan sekatan perjalanan keluar negara
04:11bagi pemaju dan ahli lembaga pengarah yang terlibat.
04:15Tadi saya juga telah maklumkan bahawa
04:17akaun pemajuan perumahan yang sedia ada
04:20yang bagi pemaju-pemaju yang terlibat dengan projek-projek mereka yang diisytiharkan
04:24sebagai terbengkalai
04:25akan dibekukan dan lesen pemajuan baru juga akan disekat.
04:31Dan selain daripada itu, seperti mana yang saya sebutkan tadi bahawa
04:34kita dalam peringkat review balik beberapa mekanisme dan mungkin kaedah yang bersesuaian
04:39untuk mengambil tindakan lebih tegas lagi, Tuan Input Tua.
04:42Terima kasih.
04:43Terima kasih.
Comments