Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan bahawa Tehran akan membina semula fasiliti nuklear negara itu dengan kekuatan yang lebih besar, walaupun menafikan sebarang niat untuk menghasilkan senjata nuklear.
Transcript
00:00Di sebalik ketegasan bahawa ia tidak berhasrat untuk memiliki senjata nuklear, Iran berhasrat membina semula kemudahan nuklear negara itu dengan kekuatan yang lebih besar.
00:11Menurut Presiden Iran, Masud Bezizh Kian, pemusnahan bangunan dan kilang tidak akan menjejaskan Republik Islam itu, sebaliknya ia akan membina semula senjata tersebut dengan lebih kukuh.
00:22Menurutnya pandangan barat terhadap Iran masih kekal tidak berubah sehingga kini, iaitu mereka membangunkan nuklear untuk tujuan pemusnah dan bukannya awam.
00:34Beliau berkata demikian ketika melawat pertumbuhan tenaga atom Iran di ibu kota Teheran.
00:55Dalam melawatan itu, beliau turut mengadakan pertumbuhan dengan pengurusan tertinggi industri nuklear negara tersebut.
01:01Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran bahawa beliau akan mengarahkan serangan baru ke atas tapak nuklear Iran sekiranya Teheran cuba mengaktifkan semula kemudahan yang telah diserang Jun lepas.
01:12Iran sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa program nuklear mereka adalah untuk tujuan awam semata-mata termasuk menyelesaikan masalah rakyat sebagai contoh penampakbaikan dalam bidang kesihatan serta rawatan penyakit.
Comments

Recommended