Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Filipina berhasrat untuk mempercepatkan usaha merangka kod tatakelakuan (COC) bagi Laut China Selatan apabila negara itu mengambil alih jawatan pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 2026.
Transcript
00:00Filipina berhasrat mempercepatkan usaha merangka kod tatalaku COC bagi Laut Cina Selatan apabila negara itu mengambil alih jawatan pengurusi ASEAN pada 2026.
00:12Setiausaha luar Filipina, Maria Teresa Lazaro berkata, rundingan mengenai COC telah lama tertangguh dan perlu digiatkan semula bagi menangani isu di kawasan perairan yang menjadi antara paling dipertikaikan di dunia.
00:30Filipina masih mempunyai masa untuk meneruskan mesyuarat kumpulan kerja bersama dan meneliti kemungkinan memutamakan kod tatalakuan tersebut.
00:39ASEAN telah memulakan usaha untuk merangka kerangka kerja bersama dengan Cina sejak tahun 1990-an bagi menguruskan pertikaian di Laut Cina Selatan.
00:49ASEAN dan Cina telah mencapai persetujuan pada 2023 mengenai garis panduan untuk mempercepatkan rundingan dengan sasaran menjelesaikan COC dalam tempoh 3 tahun.
01:00Dalam pada itu, Filipina menyatakan komitmen untuk terus mempromosikan sistem berasaskan peraturan dan meneruskan dialog diplomatik di tengah-tengah ketegangan yang berterusan di kawasan yang dipertikaikan.
01:13Sebelum ini, Cina membuat tuntutan ke atas hampir keseluruhan Laut Cina Selatan yang mana tuntutan tersebut bertindih dengan tuntutan empat negara jiran ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam.
01:25Pertikaian mengenai pemilikan pulau dan ciri-ciri maritim di kawasan tersebut telah berlarutan selama beberapa dekad.
01:33Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended