Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ogos lalu kerana disyaki membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup telah dikecualikan daripada sebarang operasi.

Menurutnya, mereka kini ditempatkan di markas pentadbiran masing-masing sementara siasatan kes itu dijalankan oleh ATM bersama pihak berkuasa.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #isukebocoranmaklumat
Transcript
00:00Kementerian Pertahanan memandang serius kes yang melibatkan 5 orang pegawai Angkatan Tentera Malaysia, ITM.
00:07Sebagai langkah kawalan dan pemerkasaan, Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Suranjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia,
00:14serta agensi keselamatan lain telah mengambil tindakan berikut.
00:18Yang pertama, memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam mastikan kes ini ditanggani dengan telus dan juga menyeluruh.
00:23Yang kedua, menempatkan pegawai-pegawai yang terlibat di markas pentadbiran masing-masing
00:28dengan mengecualikan mereka daripada pelibatan operasi.
00:32Dan yang ketiga, melaksanakan lembaga siasatan dalaman terhadap isu kebocoran maklumat yang didakwa berlaku.
00:38Dari sudut pemulihan keyakinan rakyat pula, Kementerian Pertahanan melalui ATM telah melaksanakan langkah-langkah berikut.
00:43Pertama, menekankan aspek kesedaran keselamatan dan pematuhan prosedur ATM,
00:49termasuk memperkukuh unit integriti di setiap formasi dan juga perkhidmatan.
00:52Yang kedua, mempergiatkan program-program didikan keselamatan, etika dan integriti bagi warga ATM
00:58dan menegaskan bahawa tindakan tata tertib dan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota sekiranya terbukti bersalah.
01:06Dalam hal ini, Kementerian Pertahanan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa
01:11demi memastikan semua pihak mendapat keadilan yang sewajarnya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended