Skip to playerSkip to main content
Buruh binaan mengaku salah guna dokumen palsu mohon Mykad anak angkat

Seorang buruh binaan dikenakan denda RM4,000 selepas mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu anak angkatnya berusia 12 tahun ketika membuat permohonan kad pengenalan pada tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Tertuduh, Hoo Kean Chee, 53 telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/752432/berita/semasa/buruh-binaan-mengaku-guna-dokumen-palsu-mohon-mykad-anak-angkat

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #gunadokumenpalsumohonMykad #mahkamah #kemukadokumenpalsu
Transcript
00:00Seorang buruh binaan didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah kemukakan dokumen palsu anak angkatnya berusia 12 tahun ketika membuat permohonan kad pengenalan pada tahun lalu.
00:11Tertuduh, Hu Kan Chi 53 tahun membuat pengakuan itu di hadapan magistrat.
00:16Ini adalah Muhammad Faizal selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Hokkien di Mahkamah Magistrat 2 Butterworth pada selasa.
00:22Mengikut pertuduhan, Kan Chi didakwa dengan sengaja memberikan maklumat palsu dengan mengemukakan butir material JPNLM05 yang mengandungi maklumat palsu untuk mendapatkan kad pengenalan anak angkatnya dan menjadi penganjur permohonan tersebut.
00:37Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kaunter bahagian kad pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara JPN Seberang Perai Utara antara jam 8 pagi hingga pukul 5 petang pada 21 Februari lalu.
00:49Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25-1-B Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 Pindaan 2007 dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.
01:03Berdasarkan faktor kes, tertuduh telah membuat permohonan kad pengenalan kanak-kanak itu di JPN Cawangan Bertam.
01:10Bagaimanapun, petugas JPN mengesan keraguan apabila wajah kanak-kanak itu tidak seiras dengan individu yang mengaku sebagai ibu bapanya.
01:18Susulan daripada itu, kes berkenaan dirujuk ke bahagian siasatan JPN untuk siasatan lanjut.
01:25Hasil siasatan, kanak-kanak lelaki itu diperolehi daripada sindiket ketika masih bayi yang mana, kesemua dokumen sokongan adalah palsu.
01:33Akibatnya, kanak-kanak berkenaan telah menikmati keistimewaan sebagai warga negara Malaysia secara tidak sah selama 12 tahun.
01:40Ini adalah menetapkan denda RM4,000 terhadap tertuduh namun jika gagal bayar, tertuduh akan dipenjara selama 6 bulan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended