Skip to playerSkip to main content
Hamzah dakwa kerajaan sembelih ‘angsa emas’ untuk tutup defisit negara

Pembangkang mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa cenderung dan terlalu bergantung kepada syarikat milik negara seperti Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Khazanah Nasional Berhad untuk menampung keperluan fiskal.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan tidak boleh menyembelih "angsa yang sedang mengeluarkan telur emas untuk rakyat" yang sepatutnya melabur demi masa depan negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/752297/berita/nasional/hamzah-dakwa-kerajaan-sembelih-angsa-emas-untuk-tutup-defisit-negara

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #PN #Petronas

Category

🗞
News
Transcript
00:01Kebergantungan kerajaan yang kronik kepada Petronas
00:07Bagi tahun 2026 sahaja, kerajaan terus bergantung dengan bayaran dividen sebanyak RM20 bilion daripada Petronas
00:20Selain itu, Petronas juga membiayai projek bandar medani berjumlah RM4 bilion
00:27Manakala RM12 bilion lagi bagi transaksi bandar Malaysia
00:33Ini Kubang Krian, salah satunya
00:37Persoalannya sampai bila? Sampai bila?
00:42Sudah beberapa kali saya bangkitkan
00:45Jangan kita sembelih angsa yang sekarang ini membantu mengeluarkan telur-telur
00:57Emas untuk rakyat
00:58Adakah ini sumber hasil yang mapan atau sekadar suntikan sementara untuk menutup defisit?
01:06Kita tidak boleh bergantung kepada dividen petronas setiap kali kerajaan kekurangan dana
01:13Petronas bukan tabung kecemasan kerajaan
01:16Ia syarikat strategik yang sepatutnya melabur untuk masa depan negara
01:21Jika setiap tahun hasil petronas digunakan untuk menampung operasi kerajaan
01:27Maka tidak lama lagi petronas akan menjadi lembaga zakat kepada kerajaan
01:35Bukan syarikat minyak negara
01:37Jangan lupa untuk mengembangkan
01:42Terima kasih telah menonton!
01:42Terima kasih telah menonton!
01:44Terima kasih telah menonton!
01:47Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended