Skip to playerSkip to main content
Pelajar Tingkatan Empat maut ditikam, polis rampas dua senjata tajam

Polis merampas dua senjata tajam yang disyaki digunakan dalam kejadian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari seorang guru yang mendengar bunyi jeritan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/752443/berita/semasa/pelajar-tingkatan-empat-maut-ditikam-polis-rampas-dua-senjata-tajam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PelajarTingkatanEmpat #MautDitikam #DuaSenjataTajamDirampas #PDRM
Transcript
00:00Pada jam lebih kurang pukul 9.10 pagi tadi telah berlaku satu kejadian di kawasan sekolah ini
00:13dan untuk maklumat semua apabila pihak polis dimaklumkan
00:19dan pada jam lebih kurang pukul 9.40 pagi kita telah sampai di tempat kejadian
00:25dan kita mengesahkan ada satu kejadian bunuh telah berlaku di kawasan sekolah ini
00:32yang melibatkan satu pelajar perempuan di usia 16 tahun.
00:39So kejadian berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan dan pihak polis
00:45hasil daripada siasatan kita di tempat kejadian telah berjaya juga menangkap seorang remaja lelaki
00:52juga merupakan pelajar sekolah ini berusia 14 tahun.
00:57Dan untuk maklumat semua motif kejadian ini masih kita dalam siasatan pihak polis
01:03dan pihak polis telah selesai di tempat kejadian
01:08dan mayat telah dibawa ke hospital PPUN untuk postmortem
01:15dan kita akan tunggulah laporan postmortem
01:18dan tangkapan telah dibuat terhadap seorang remaja
01:23di usia 14 tahun dan kita akan bawa untuk kejuan reman
01:27untuk kita buat soal siasat lanjut
01:30untuk mengetahui tentang motif sebenar kejadian yang berlaku
01:34di antara suspek dengan simati
01:37Kita siasat di bawah seksyen 302 Kanun Kesiesaan
01:41reman pada esok di Mahkamah Magistrik di Petaling Jaya
01:44Kita ada rampas dua senjata tajam yang kita percayai digunakan dalam kejadian ini
01:50Tuan, mangsa malam ini kecederaan apa?
01:53Kecederaan tikaman di bahagian badan
01:55Beberapa tikaman ke?
01:56Beberapa tikaman
01:57Nanti bila keluar laporan postmortem nanti
02:00kita akan tahulah berapa jumlah tikaman yang sebenar
02:03Tuan, maafkan senjata yang dirampas ada berapa unit kan?
02:06Dua, dua unit
02:07Tuan, saya tahu adakah mereka berdua saling mengenali?
02:11Mereka pelajar sekolah
02:13Sudah tentunya kita rasa mereka saling kenal
02:16walaupun tak berkawan ke apa ke
02:18tapi satu sekolah
02:19walaupun di lain tikatan
02:21Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended