Mayat Muhammad Husni ditemui dalam kereta terjunam ke sungai
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam kereta yang terjunam ke dalam Sungai Panchor, di Pekan Panchor, Pagoh, awal pagi Selasa selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan hampir 11 jam oleh pasukan bomba, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Mangsa, Muhammad Husni Mahmud, 47 ditemukan berada di dalam kereta jenis Proton Saga berwarna hitam pada jam 1.01 pagi selepas kenderaan itu berjaya dinaikkan menggunakan kren.
Be the first to comment