Suami isteri warga Indonesia mengaku abai kanak-kanak hingga mati
Seorang buruh warganegara Indonesia dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas dakwaan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia pada September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tertuduh, Siswadi, 35, dan Nurhayati, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Sadang Blanja Kiri, Parit dalam daerah Perak Tengah sekitar jam 10 pagi pada 22 September 2025.
00:00Sepasang suami isteri warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Session Ipoh Panslasa selepas didakwa mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun hingga meninggal dunia.
00:14Pasangan itu, Siswadi dan Nur Hayati didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di kampung Sadang Belanja Kiri, Parit pada 22 September lalu.
00:23Kes tersebut dikenalikan di bawah Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
00:40Mahkamah menetapkan 17 November depan bagi bacaan fakta kes dan hukuman serta mengarahkan surat pemakluman dihantar kepada Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia.
Be the first to comment