Skip to playerSkip to main content
Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan pendamai ke Gaza bagi menjamin keamanan susulan perjanjian pelan damai yang ditandatangani di Mesir, semalam.

Menurutnya, perkara berkaitan penghantaran pasukan itu akan dibincangkan oleh Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), seterusnya diputuskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai sama ada Malaysia akan menghantar pasukan pendamai ke Gaza, berikutan kebimbangan Israel akan melanggar perjanjian pelan damai Gaza dan menyerang kembali wilayah itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #dewanrakyat #Parlimen #pasukanpengamanakeGaza #PM
Transcript
00:00Saya setuju dengan kenyataan yang berumat, saya secara pribadi juga tidak yakin Israel akan memenuhi, maka beberapa langkah baru kena ambil.
00:11Tentang cadangan pasukan penamai, itu akan dibincangkan oleh Liga Arab, OIC dan sebaik Security Council, Malaysia bersedia kalau diminta, diperlukan.
00:25Selama ini kita tak pernah menolak, ada saja pasukan penamai, kita akan kirim. Dan saya setuju pasukan penamai itu sekurang-kurang jaminan yang terbaik untuk menjamin keamanan untuk Gaza.
00:37Soal bantuan, kita bincang bersama dengan, kerana kita pengurusi bersama dengan Jepun, jadi besar sikit daripada Asia Timur, kalau boleh kita akan pastikan supaya fokus kita ialah pembangunan semula sekolah, hospital, masjid yang diperlukan.
00:55Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended