Skip to playerSkip to main content
Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) melancarkan Kempen 'Anda Hero Asnaf' bagi memperkasakan kesedaran dan pelaksanaan zakat dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari berkata, inisiatif berimpak tinggi itu dirangka sebagai langkah proaktif untuk menyuburkan keberkatan dalam institusi pertahanan negara melalui kefahaman dan amalan zakat yang lebih menyeluruh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751824/berita/nasional/kempen-anda-hero-asnaf-galakkan-warga-atm-berzakat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #LembagaZakatSelangor #LZS #KAGAT #ATM

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lembaga Zakat Selangor LZS dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia,
00:07kagat melancarkan kampen Anda Hero Asnaf bagi memperkasakan kesedaran dan pelaksanaan zakat
00:14dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia ATM di negeri ini.
00:19Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaitzir Shahari berkata,
00:24inisiatif berimpak tinggi itu dirangka sebagai langkah proaktif untuk menyuburkan keberkatan dalam institusi pertahanan negara
00:33melalui kepahaman dan amalan zakat yang lebih menyeluruh.
00:38Menurut Mohd Khaitzir, program itu memberi tumpuan kepada tiga objektif utama iaitu
00:43meningkatkan kesedaran berzakat dalam kalangan anggota ATM,
00:48memudahkan pembayaran zakat melalui potongan gaji
00:51dan mengukuhkan kerjasama jangka panjang antara kedua-dua institusi demi kebajikan asnaf.
00:58Sama-sama kita ada 400 pegawai dan anggota ATM di Selangor ini berkumpul di sini
01:03untuk kita pergi penerangan tentang rakat, skim pertahanan gaji.
01:07InsyaAllah kita akan bekerjasama untuk memantapkan lagi ekonomi Islam di Selangor ini.
01:14Sementara itu, Ketua Pengarah KGAD, Meja General Datuk Mohd Rashidi Bujai berkata,
01:22program itu merupakan hasil pertemuan dan perbincangan antara pihaknya dengan LZS pada Julai lalu.
01:30Menurutnya, KGAD kini diat mengadakan siri jelajah ke seluruh negeri
01:34bagi memberi penerangan kepada pegawai serta anggota tentera berhubung kewajipan zakat.
01:41Alhamdulillah, saya pun berbesar hati dapat bekerjasama dengan lembaga zakat Selangor
01:48dan merupakan ini merupakan satu usaha yang murni
01:51dan untuk kita memberikan kesedaran kepada warga,
01:54insyaAllah kita akan cuba capai apa yang telah kita gariskan bersama.
02:00Bukan saja sebenarnya, bukan saja kita nak capai untuk pembayaran zakat,
02:04malahan saya lebih terbuka untuk kita membuat rakan koloperasi
02:08untuk apa-apa saja penggunaan-penggunaan kerohanian
02:11di antara masyarakat dengan warga Akadatan Jendera.
02:15Alhamdulillah, ayuh bersakat, warga APN!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended