Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
RM21.7 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2026 untuk memodenkan ATM, termasuk sistem pertahanan udara bersepadu, kapal MRSS baharu dan pesawat tempur F50A dari Korea Selatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peruntukan 21.7 bilion ringgit melalui Belanjawan 2026 disifatkan langkah penting ke arah memodernkan Angkatan Tentera Malaysia ATM dengan sebahagian besar akan dimanfaatkan untuk memperkukuh keupayaan pertahanan udara dan logistik pasukan.
00:16Menurut Menteri Pertahanan Datuk Sri Mamat Khalid Nordin, peruntukan dengan peningkatan 2.92% berbanding tahun ini sangat bertepatan dalam memastikan kesiapsiagaan ATM untuk berhadapan pelbagai cabaran, sama ada tradisional dan bukan tradisional.
00:33Ia juga katanya sejajar doktrin pertahanan negara yang menumpukan kepada kemampuan mempertahankan ruang udara Malaysia dan bukannya menyerang negara lain.
00:39Mamat Khalid berkata sistem pertahanan udara bersepadu akan menjadikan ATM lebih bersedia menghadapi cabaran keselamatan baharu termasuk ancaman bukan tradisional seperti serangan drone, peluru berpandu jarak dekat dan pencerobohan ruang udara.
00:52Selain itu katanya, dua kapal multi-role support ship turut akan diperoleh bagi menggantikan KD Mahawang Singh sedang lama berkhidmat dalam armada tentera laut di Raja Malaysia.
01:01Mamat Khalid menjelaskan keseluruhan pelanjawan 2026 sejajar dapatan separuh penggal kertas putih pertahanan dan perlentukan besar kali ini bukan sekadar pelaburan terhadap aset tetapi juga periterafan terhadap pengorbanan warga ATM yang menjadi benting keselamatan negara.
01:16Beliau juga mengalumkan, ATM dijangka menerima perhantaran 18 pesawat tempoh ringan F-50A dari Korea Selatan bermula awal 2027 yang bakal beroperasi dari pangkalan tentera udara di Raja Malaysia, TUDM Kuantan.
01:29Belanjawan 2026 juga memberi tumpuan kepada aspek kebajikan dan penyelenggaraan dengan peruntukan penyelenggaraan kediaman anggota tentera meningkat daripada RM600 juta tahun ini kepada lebih RM800 juta pada 2026.
Comments

Recommended