Bagi pemandu e-hailing, kerajaan akan berurusan dengan syarikat pengurusan e-hailing untuk menambah had kelayakan BUDI95 kepada pemandu e-hailing yang layak. #AWANInews
00:00Selain itu, bagi pemandu e-hailing pula, Kerajaan Madani akan berurusan dengan penyedia perkhidmatan e-hailing bagi mengenalpasti pemandu yang layak untuk had kelayakan tambahan petrol bersubsidi.
00:14Kementerian Kewangan bersama APAD akan memuktamadkan proses pemohonan had kelayakan tambahan dengan pihak EHO ataupun e-hailing pada minggu ini.
00:23Kerajaan juga telah bersetuju untuk mempertimbangkan supaya pengendali bot terutamanya di Sabah dan Sarawak layak untuk harga subsidi.
00:34Kerajaan sedang bekerjasama dengan agensi dan kerajaan negeri berkenaan bagi mengumpul data pemilik bot supaya pengguna tersebut tidak tercicir daripada menikmati manfaat Budi 95.
00:48Kerajaan Madani ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penerima Budi 95 yang telah memanfaatkan inisiatif ini.
00:59Setiap liter membawa seribu makna kepada setiap rakyat Malaysia. Inilah tanda penghargaan Kerajaan Madani agar rakyat sentiasa dilindungi.
Be the first to comment