- 4 months ago
Ketua Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi membawkaan perkembangan semasa misi Global Sumud Flotilla dari Sumud Nusantara Command Centre.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik semua perkembangan terkini anda boleh dapati di astroawani.com. Kami ada lapor langsung di laman web kami yang kami boleh kongsikan setakat ini. Lapor langsung Global Sumut Flotilla hampiri pesisir utara Mesir. Itu adalah perkembangan terkini yang dikongsikan sebentar tadi dan kami akan memberikan kemas kini setiap jam atau setiap tarikh, setiap detik yang mana terdapat sebarang kemas kini berkenaan dengan pergerakan Global Sumut Flotilla untuk sampai ke pesisir dan juga perairan Palestine atau Gaza.
00:27Anda boleh dapati perkara itu ataupun halaman ini di astroawani.com.
00:32Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan di mana konvoy Global Sumut Flotilla berada sekarang. Kita pergi ke skrin sesentuh kami di sini. Kita boleh dapati kemas kini yang terbaru daripada MAPI Malaysia dan juga beberapa agensi lain yang mengkoordinasi data sekarang ini.
00:48Kalau kita dapat zoom in dan lihat ini dengan lebih hampir, lebih dekat. Ini adalah kedudukan dan koordinat Global Sumut Flotilla dalam perjalanan mereka ke Gaza sekarang.
00:59Sudah tentu perjalanan mereka daripada sana, daripada arah Eropah. Dan yang penting sekarang ini, mereka hanya berada kira-kira 9 jam daripada yellow zone atau zone kuning di mana kita jangka akan,
01:11mereka akan menghadapi tahap bahaya yang risiko yang sedikit lebih tinggi. Seperti yang kita sedia maklum, sejak beberapa hari lepas walaupun mereka berada di luar zone ini,
01:21ada laporan yang mengatakan terdapat serangan dengan drone pengintipan daripada drone Israel dan sebagainya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan konvoy Fotilla ini.
01:31tetapi mereka meneruskan juga perjalanan disebalik semua intimidasi, disebalik semua cabaran-cabaran lain seperti logistik, cuaca dan sebagainya.
01:38Dan ini adalah yang terkini mereka berada hampir dengan zone kuning sebelum memasuki zone merah apabila mereka semakin hampir ke pesisir Gaza dan Palestine di sini.
01:51dan untuk konteks, kalau kita lihat pergerakan ataupun gerakan Fotilla-Fotilla sebelum ini dalam tahun-tahun sebelum ini,
01:58red zone adalah di mana mereka sering menghadapi inciden yang lebih serius atau lebih berisiko tinggi.
02:04Seperti Mavi Mamara pada 31 Mei tahun 2010 yang melibatkan penculikan ataupun penahanan beberapa orang aktivis termasuk rakyat Malaysia.
02:14kita ada juga Madeline yang lebih baru pada Jun 2025, kita ada MV Rachel Corey pada Jun 2010 dan juga ada beberapa insiden di sini.
02:22Ini adalah kawasan yang dianggap bahaya itu meningkat.
02:25Red zone mereka masih lagi berada agak jauh walaubagaimanapun risiko masih lagi akan meningkat sebaik saja mereka memasuki yellow zone di sini
02:32yang sekali lagi dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.
02:36Kalau ikut telahan di sini kira-kira 9 jam kurang daripada separuh hari untuk mereka memasuki yellow zone.
02:44dan data ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberikan kepada anda yang terkini bukan sahaja kerudukan mereka
02:49tapi status mereka untuk melihat sama ada-ada sebarang insiden.
02:54Sudah tentu kami di AstroAwani akan membawakan kepada anda semua yang terkini berkenaan dengan pergerakan Global Sumut Flotilla ini
03:00setiap hari jam 4 petang di Berita Terkini Global Sumut Flotilla.
03:04Anda juga boleh melayari laman web kami di AstroAwani.com untuk mendapatkan lapor langsung.
03:09Itu adalah status terkini mereka yang berada di tengah lautan meredah segala cabaran dan risiko untuk melakukan apa yang betul
03:18memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di Gaza.
03:23Tapi sudah tentu gerakan bantuan digerakkan di seluruh dunia bukan sahaja berhampiran dengan Gaza atau di Gaza termasuk di Malaysia.
03:30dan kita juga melihat gerakan-gerakan untuk mengatur bantuan di Malaysia ini dan ketua editor media sosial AstroAwani, Hilal Azmi
03:38kini berada di Global Sumut Flotilla, di Sumut Nusantara Keman Center.
03:45Kita akan mencari langsung bersama dengan Hilal.
03:47Sekarang Hilal, apa yang terkini yang boleh dikongsikan dari sana?
03:50Baik Luqman, ketika ini saya berada di Pusat Kawalan Operasi ataupun Sumut Nusantara Keman Center
04:02di mana di sini semua maklumat-maklumat terkini, maklumat berkaitan dengan perkembangan terkini Global Sumut Flotilla
04:09yang ingin masuk ke Gaza melalui jalan laut secara aman diadakan yang mana ramai sukarelawan-sukarelawan yang berada di sini
04:17tujuannya adalah untuk mengenalpasti status terkini secara real time, apakah situasi mereka, bagaimanakah keadaan kesihatan mereka, kesihatan mental mereka dan sebagainya
04:28di sini adalah lokasinya yang mana ia pun telah diaktifkan sejak program ini, misi ini mula berjalan
04:37dan pada masa sama untuk situasi zon kuning yang mana zon kuning ini adalah kira-kira 300 batu nautika berdekatan dengan pantai Gaza
04:50sebab apa zon kuning ini menjadi zon yang menjadi perbualan hangat dan juga sangat berhati-hati
04:58sebab apa di zon kuning ini macam-macam boleh berlaku sebab zon merah pula adalah kerudukannya kira-kira sekitar 100 batu nautika berdekatan dengan pantai Gaza
05:07dan biasanya dalam sejak percubaan 20 tahun yang lampau pun misi flotilla untuk membantu rakyat Palestine di Gaza terutamanya
05:18biasanya perkara-perkara yang mencabar, cabaran-cabaran terbesar itu biasanya berlaku pada zon merah
05:25tetapi zon kuning ini bagi global sumut flotilla pada misi kali ini mereka menganggapkan ini adalah zon yang juga perlu berhati-hati
05:32kerana apa? pada tahun 2025 ini ada banyak perkembangan teknologi modern yang membolehkan pihak Israel melakukan sebarang bentuk kekacauan, sabotaj
05:42mahupun ancaman ke atas aktivis-aktivis yang berada dalam kira-kira 47 buah kapal yang berlayar untuk sama-sama cuba memecah kepungan yang telah dibuat oleh pihak Israel
05:55yang telah menyebabkan keadaan yang sangat nazak di Gaza pada ketika ini
06:00sebab kita tahu situasi di Gaza pada ketika ini sangat teruk di mana kebuluran telahpun semakin teruk dan serangan demi serangan juga
06:09terus dilakukan oleh pihak Israel untuk terus menakut-nakutkan penduduk di Gaza
06:13tetapi satu perkara lain yang ingin saya kongsikan juga di sini di Sumut Nusantara Command Center ini
06:22ada beberapa lokasi penting
06:25kalau di belakang saya pada ketika ini kita boleh tengok ada current dashboard ataupun situasi semasa
06:30sebab kalau kita melihat kepada, kalau anda mengikutilah perkongsian-perkongsian sama ada di live TikTok pada malam tadi oleh sukarelawan-sukarelawan yang terbabit dalam misi kali ini
06:42kita lihat kalau kesemua 47 kapal itu secara puratanya kelajuan mereka adalah sekitar 4 ke 5 knot
06:50dan situasi ini juga saya sempat juga melihat ada beberapa ketika jamnya yang mana ada antara kapal-kapal yang lebih laju berbanding yang lain
07:00jadi bila kita cek balik dengan tim di Command Center ini mereka memberitahu cuaca juga pada ketika ini turut sama menyebelahi misi Global Sumut Flotilla pada ketika ini
07:12sebab angin sama mengarah ke Gaza membantu memudahkan pelayaran misi Global Sumut Flotilla pada ketika ini
07:21saya nak cerita sikit tentang apa yang ada di Command Center ini
07:26kalau kita tengok di sebelah kanak anda pada ketika ini, ini adalah krisis manajemen hub
07:32di mana di sini segala maklumat-maklumat terkini, segala dashboard-dashboard terkini berkaitan dengan Global Sumut Flotilla
07:40akan berada di sini dan segala briefing kepada pihak tertinggi kerajaan Malaysia terutamanya untuk memberitahu tentang perkembangan terkini
07:48sekiranya ada menteri-menteri yang datang dan sebagainya, mereka akan diberikan penerangan dekat kawasan krisis manajemen hub ini
07:57tapi kita juga ada beberapa tempat lain membabitkan administrative hub, strategic coordination hub dan juga media hub
08:04dan kalau anda boleh tengok apabila anda masuk saja dekat sini, tim Global Sumut Flotilla di Command Center ini
08:12yang terdiri daripada gabungan beberapa NGO yang bekerjasama untuk menjayakan misi ini
08:19mereka berada di sini bekerja secara shift, cuba mendapatkan perkembangan terkini dari masa ke masa
08:25berkenaan dengan perkembangan yang ada pada aktivis-aktivis yang kini berada di atas kapal
08:33sebab apa kalau kita tengok balik, mereka yang berlayar sebenarnya dari Barcelona seumpamanya
08:39dari Sepanyol, mereka ini pada ketika ini sudah pun menghampiri lebih daripada sebulan berada di atas kapal
08:47bayangkan keadaan mereka untuk berada di dalam kapal itu dan terus perlu memberikan mereka terus semangat
08:54untuk memastikan mereka dapat meneruskan pelayaran bagi memastikan misi ini berjaya
09:01ramai juga yang berbincang pada masyarakat di media sosial berkaitan dengan kenapa misi ini perlu menggunakan jalan laut
09:09bukankah ada cara-cara lain yang boleh kita guna untuk membantu warga Palestine terutamanya mereka yang berada di Gaza
09:16misi Flotilla ini adalah salah satu daripada misi penting sebab segala jalan darat, jalan udara
09:22untuk menghantar segala bentuk bantuan yang telah dibekalkan ataupun yang telah disumbangkan oleh masyarakat di seluruh dunia
09:29pada ketika ini tersekat di segala sempadan-sempadan darat dan udara yang berada di Palestine
09:38jadi jalan laut ini menerusi perairan antarabangsa inilah salah satu daripada jalan penting
09:45sekiranya ia berjaya dibuka maka ia akan membolehkan proses pemulihan semula Gaza itu dapat dilakukan dengan lebih efisien dan lebih baik
09:56dan perkembangan seterusnya yang turut sama saya akan bawakan daripada sumut Nusantara Command Center ini juga
10:04adalah bermula pada hari ini setiap hari jam 5 petang akan ada satu sidang media khas
10:09yang akan dilakukan oleh ketua pengarah sumut Nusantara Command Center
10:14iaitu saudara Datuk Dr. Sani Arabi Al-Kahiri yang akan memberikan kenyataan media
10:21dan juga memberitahu tentang perkembangan semasa secara lebih mendalam berkaitan dengan misi ini
10:27dan bagaimana misi ini bagaimanakah cabaran-cabaran dan mungkin apakah strategi-strategi seterusnya
10:32untuk memastikan situasi ataupun keadaan di misi pada kali ini berjalan dengan lancar
10:40Ok Luqman ada apa-apa nak tanyakah so far daripada apa yang berlaku di Command Center ini Luqman?
10:46Ya saya ada soalan Hilal bukan mengenai apa yang berlaku pada Command Center semata-mata
10:51tetapi bukan dengan Flotilla itu
10:53perlu saya sebut bahawa kita tahu mungkin sesetengah perkara ini sulit atas faktor-faktor keselamatan
11:00perkara berkenaan dengan logistik dan sebagainya
11:02tetapi ramai juga orang yang bertanyakan bagaimana mereka di atas Flotilla-Flotilla ini berkomunikasi
11:07kita lihat mereka boleh berhubung dengan orang luar
11:09mereka boleh juga seperti Hilal yang sering memerhati media sosial di Astrawan ini
11:13mereka boleh juga muat naik video di platform media sosial berkenaan dengan serangan drone dan sebagainya
11:19dari tengah-tengah lautan
11:20jadi bagaimana mereka kekalkan jaringan dan kekalkan hubungan dengan dunia luar dan boleh berkomunikasi?
11:30Ok kita tahu dengan teknologi, perkembangan teknologi sedia ada
11:33kita ada banyak cara untuk berhubung sama ada melalui internet
11:37maupun hubungan internet melalui satelit
11:40jadi apa yang strategi penting yang cuba digerakkan dalam Global Smooth Flotilla pada ketika ini
11:46adalah kita mahu memastikan misi ini dibawa terus secara aman
11:53itu yang paling penting
11:54dia bukan misi ketenteraan, dia bukan misi nak mengancam sesiapa
11:57tetapi ini adalah misi untuk membawa bantuan secara aman oleh aktivis-aktivis
12:03yang datangnya dari seluruh dunia ada lebih 500 aktivis yang ada dekat dalam kesemua 47 kapal yang sedang berlayar pada ketika ini
12:11dan 34 daripadanya adalah rakyat Malaysia
12:15dan kita tahu juga Malaysia adalah antara negara yang paling lantang dalam hal berkaitan dengan penduduk Palestine
12:22ataupun warga Palestine ini
12:23kejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestine
12:27jadi apa yang kita cuba sampaikan
12:29ataupun apa yang cuba digerakkan oleh misi Global Smooth Flotilla pada ketika ini
12:33adalah mereka mahukan rakyat di seluruh dunia
12:36semua warga manusia yang berada di seluruh dunia
12:39yang ada jiwa manusia yang tinggi
12:41mahu melihat, mahu mereka menjadi saksi
12:44kepada misi yang cukup penting ini
12:47sebab kita tahu kebuluran yang ada di dalam Palestine
12:52ataupun di Gaza terutamanya pada ketika ini
12:54mereka sebenarnya satu daripada tiga setiap warga Gaza pada ketika ini
13:00hanya makan sekali bagi setiap tiga hari
13:03itu situasi yang berada di lapangan di Gaza pada ketika ini
13:07jadi sebab itu kita ada di Global Smooth Flotilla pada misi pada kali ini
13:13mereka wujudkan tracker yang mana boleh diakses secara publik
13:18seluruh, akses di seluruh dunia
13:21dan pada masa sama saya bersama dengan juru kamera Rozi juga pada ketika ini
13:25cuba untuk bekerjasama dengan Global Smooth Flotilla
13:28Nusantara Command Center
13:29untuk mendapatkan live stream terkini dari kapal
13:33sekiranya ada apa-apa berlaku
13:34dan itu juga kami sedang cuba dapatkan
13:36sekiranya mereka berjaya aktifkan
13:38sekiranya jika ada situasi-situasi ataupun cabaran-cabaran yang mengganggu
13:45pelayaran pada ketika ini
13:46kita juga akan kongsikan juga kepada anda
13:48live stream dari dalam kapal
13:51itu juga sedang kita usahakan bersama dengan pihak Command Center di sini
13:56jadi itu adalah antara kenapa
13:58segalanya maklumat kita lihat
14:01boleh diakses oleh semua pihak secara publik
14:05sebab kita mahu semua orang menjadi saksi mata
14:08kenapa
14:09kalaulah kekejaman itu berlaku
14:11tetapi kita mahukan misi ini berjaya
14:14sebab sekiranya misi ini berjaya
14:16segala usaha, segala sumbangan yang telah diberikan
14:19menerusi NGO-NGO yang ada di seluruh dunia ini
14:22insyaAllah akan dapat sampai kepada penduduk Gaza
14:25Loman
14:26InsyaAllah, Hilal Azmi
14:28terima kasih
14:29kita akan terus membawakan kepada anda sudah tentu
14:31yang terkini bukan sahaja berkenaan dengan perkerakan mereka menghampiri Gaza
14:34tetapi apa yang Hilal juga kongsikan dari Command Center yang berada di sini
14:39terima kasih
14:41terima kasih
14:42terima kasih
Be the first to comment