00:00Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesen Balik Pulau atas pertuduhan cubaan membunuh isterinya pada minggu lalu.
00:07Mengikut pertuduhan, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhammad Zubairi 30 tahun didakwa telah melakukan cubaan bunuh dengan menggunakan sebilah pisau yang mana tertuduh mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian kepada Hanis Sofya Hamdan.
00:20Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bilik di rumah di lintang Bayan 1, Taman Tunas Muda, Sungai Ara Bayan Lepas pada jam 5.45 pagi 27 Ogos lalu.
00:32Tiada pengakuan direkodkan berikutan tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
00:37Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya R. Lushani dihadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.
00:44Tertuduh diwakili Peguam Muhammad Hashim, Yazid Airul Azman dan Ismat Arif Abu Hassan.
00:50Susulan daripada itu, Lushani memohon mahkamah merujuk Muhammad Nazmi ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk penilaian psikiatri.
00:58Ahzal Fariz kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan ia dirujuk mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
01:05Sementara itu, kesalahan dilakukan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Oktober depan.
01:15Sebelum ini, Sina Harian melaporkan seorang guru wanita cedera di leher akibat dikelah suaminya sebelum lelaki itu turut mencederakan dirinya dalam kejadian yang berlaku pada pagi Rabu lalu.
Comments